Siapa kata pelajar pondok tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan? Malah, kejayaan yang dikecapi oleh bekas pelajar pondok, Muhammad Nur Aiman Basuni, sekaligus menangkis pandangan sinis sesetengah pihak yang negatif.
Di usia semuda 24 tahun, Aiman telah membuktikan sesiapa pun boleh berjaya sekiranya benar-benar mempunyai keinginan biarpun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi.
Hasil penat lelah usaha ditambah dengan minat, Aiman berjaya membuka restoran Bason yang kini beroperasi dengan kukuh di Seksyen 9, Shah Alam.
Merungkai susur galur kejayaan dalam hidup Aiman, semuanya bermula apabila dia dihantar mendalami ilmu agama seawal usia 14 tahun lagi.
Aiman meluangkan masa selama lapan tahun untuk mendalami ilmu agama.
Namun, ada rakan-rakan yang memandang sinis dengan beranggapan seseorang itu tidak akan berjaya jika bukan lepasan universiti.
“Saya tercabar dengan kata-kata itu. Saya nekad untuk membuktikan bahawa kata-kata mereka silap,” kata Aiman sebagaimana lapor Sinar Online.
Tamat sahaja persekolahan pondok, Aiman bertekad untuk mengambil peperiksaan SPM dan hasilnya, beliau memperoleh 5A.
Bagaimanapun, Aiman terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana mahu membantu keluarganya dalam bisnes.
“Saya mendapat keputusan 5A dan berhajat untuk menyambung pelajaran tetapi saya melupakan hasrat itu kerana mahu membantu keluarga mengusahakan restoran berkonsepkan makanan kampung,” katanya.
Bermula daripada situ katanya, dia berusaha mendalami sebaik mungkin ilmu perniagaan sebelum memiliki premis sendiri iaitu restoran Bason pada usia 22 tahun.
Setelah pelbagai asam garam yang ditempuh, Bason kini sudah gah beroperasi dengan rekod lebih 1,000 pelanggan setiap hari.
Hari ini, Bason terkenal sebagai sebuah restoran yang menyediakan pelbagai makanan lain dari yang lain dengan menu-menu yang unik.
Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau
Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau
Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau
Selain itu, Aiman juga turut berkongsi enam perkara yang perlu dipegang oleh seseorang untuk terus berjaya iaitu doa, impian, jangan berputus asa, jangan berada di zon selesa, ilmu dan juga tindakan.
"Untuk sentiasa menjadi yang terbaik, jangan sesekali mudah berasa selesa. Kunci kejayaan adalah jangan sesekali merasa diri itu sudah menggapai kejayaan." kata Aiman.
Ketika mengulas tentang ilmu, Aiman berkata: "Perkara paling penting adalah ilmu. Yang membezakan awak dengan orang sebelah awak adalah ilmu."
Sumber: Siakap Keli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lhoXq5
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mkQrvV
via MerahHatiCintaku.blogspot.com