Saturday, 25 February 2017

Wanita Ditahan Kerana Membelanjakan RM9.9 Juta Wang Yang Bank Silap Masuk Ke Akaunnya.


Sydney: Seorang wanita Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney semalam, ketika hendak meninggalkan Australia kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah menggunakan A$4.6 juta (RM13.85 juta) wang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya.

Wang berkenaan dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac Christine milik Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.

Dia yang ditahan Polis Persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi (waktu tempatan), sudah membelanjakan A$3.3 (RM9.9) juta membeli beg tangan serta barangan mewah lain.

Hari ini, dia dihadapkan di Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan curang mengambil kesempatan kewangan walaupun tahu ia adalah kesalahan jenayah.

Menurut dokumen mahkamah, Jiaxin Lee yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.

Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.

Mahkamah diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia. Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.

Ketika membenarkan Jiaxin diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.

“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”

Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Jiaxin hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.

Jiaxin yang mendakwa memohon pasport kecemasan kerana kehilangan pasport asal, tidak dibenar memasuki sebarang lapangan terbang antarabangsa atau pelabuhan serta perlu melapor diri kepada polis dua kali sehari.

Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lSgZXu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mqq4ER
via MerahHatiCintaku.blogspot.com