Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW telah bersabda:”Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata…. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis “kaaf”, “faa”, “raa”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiada suatu negeri pun melainkan akan didatangi oleh Dajjal kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu melainkan disitu ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya.
Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik”. (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
Gambar Istana Dajjal Yang Sudah Siap Dibina Di Jabal Habshi..???
Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda:“Bumi yang paling baik adalah Madinah….
Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai;”Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!” dan mengulanginya tiga kali. Baginda SAW ditanya oleh seorang sahabat,”Apakah Hari Pembebasan?”.
Baginda SAW menjawab:”Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu?.itulah Masjid Muhammad.
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Foto Istana Dajjal Yang Sudah Siap Dibina Di Jabal Habshi
Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal,ini adalah hari pembersihan”. (Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al ‘Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496).
Dari Abu Darda r.a.,Rasulullah SAW bersabda,”Jika sesiapa belajar dengan ‘mata hati’ dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal”.(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal?. Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan…..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang ‘bermata satu’ (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia dipersembahkan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk,penuh nikmat,keselesaan,tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan ‘mata hati’ di dalam diri kita…. Foto Istana Dajjal Yang Sudah Siap Dibina Di Jabal Habshi
Inilah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..Adakah kita Sedar?,Masih Lalai?,Sibuk dengan duniawi? Wallahu a’lam..
KREDIT ZAKRI ALI….
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lrZigW
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2l28mFM
via MerahHatiCintaku.blogspot.com