Saya teruja nak berkongsi perkara ini dengan anda semua! Dua minggu yang lalu, baby saya mengalami batuk. Saya memang tak bawa baby jumpa doktor sebab tak suka ambil ubat batuk yang tak berguna itu. Baby pula selalu batuk pada waktu malam, waktu siang jarang pula.#
Kemudian saya ternampak cara merawat batuk dengan pantas dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah di Facebook. Saya cuba membuat adunan sendiri mengikut 'resepi' yang diajar dalam laman itu.#
Jus halia, VCO, madu asli dan sedikit tepung untuk menjadikannya kurang berair.#
Kebiasaannya pada waktu malam selepas 2 - 3 jam baby tidur, dia akan mula terbatuk dan batuk bertalu-talu serta merengek. Malam tadi, saya tampal balutan itu di dadanya. Empat jam yang pertama saya tidak mendengar baby batuk lagi, hidungnya juga tidak tersumbat dan tiada juga bunyi kahak di dadanya. Boleh dikatakan sepanjang malam itu tiada sebarang batuk yang kedengaran dan baby tidur dengan lena sekali.#
Pagi ini, anak menangis dan mengamuk, menyebabkan dia mula batuk lagi. Masih kedengaran ada kahak di dadanya. Saya kerap memberi anak minum air dan mengulangi kaedah rawatan itu setiap malam sehingga batuknya benar-benar hilang.#
Ibu-ibu boleh cuba pada anak mereka yang mengalami batuk. Anak yang berusia 6 bulan juga boleh mencuba kaedah ini. Tetapi jangan sesekali beri anak anda yang berusia 12 tahun ke bawah minum madu pula ye.#
Pada asasnya, ini adalah rawatan menggunakan kaedah semulajadi yang telah digunakan sejak dulu lagi untuk merawat penyakit yang melibatkan saluran penafasan.#
Madu mempunyai aktiviti biologi yang amat tinggi dan dengan bantuan madu yang dibuat dalam bentuk bungkusan (rujuk gambar) dapat merawat batuk teruk (kategori berkahak).
Rawatan menggunakan balutan madu ini adalah cara yang terbaik untuk merawat batuk yang membuatkan pesakitnya menderita setiap malam. Kaedah ini amat disyorkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Untuk membuat balutan ini anda memerlukan madu, tepung, minyak sayuran, kain kasa, tisu dan pelekat.#
Caranya, campurkan tepung dengan sedikit madu dan sehingga anda mendapat adunan yang sebati. Adunan itu sepatutnya tidak melekat di tangan anda. Anda juga boleh menyapu adunan itu tadi dengan sedikit minyak dan tambahkan sedikit tepung lagi. Letakkan adunan itu di tisu dan kemudian balutkan dengan kain kasa. Tampalkan balutan itu tadi di bahagian dada pesakit dan lekatkan menggunakan pelekat perubatan. Kemudian pakaikan baju tidur pada anak anda.#
Biarkan balutan itu selama 2 3 jam bagi anak kecil dan sepanjang malam bagi orang dewasa. Untuk hasil yang lebih baik, tambahkan serbuk mustard dalam adunan itu bagi orang dewasa.#
Pada ketika penggunaan itu, anda akan aktif berpeluh dan tilam juga mungkin akan cepat basah. Usah risau, kaedah ini tidak akan memberikan sebarang kesan negatif pada pesakit#from :) http://ift.tt/2meq3E1
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kOkpLW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com