Tuesday, 28 February 2017

Resepi Kempiskan Perut Menggunakan Bahan Semulajadi, Sesuai Untuk Wanita & Lelaki


Ramai yang rela tak makan nasi semata-mata nak kembalikan bentuk badan seperti waktu zaman muda mudi. Namun tahukah anda, diet beria pun tak guna kalau angin dalam badan tak buang. Untuk kempiskan perut dengan cara kilat, anda boleh ikut petua yang dikongsikan oleh Puan Nurul Diyana Kamaludin ini...

Alkisah, kita perempuan ni bukan mudah nak dapatkan perut yang leper bila sudah beranak pinak. Anak 1 tak rasa lagi. Bila dah masuk 3, 4 orang mulalah. Macam-macam disapu tak juga leper.

Antara sebab perut susah leper adalah banyak angin dalam badan. Macam mana nak leperkan perut? Kita buang dulu angin-angin yang tak diperlukan dalam badan tu.

Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semula jadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk:

1. Kempiskan perut

2. Buang angin dalam badan

3. Yang bersalin czer sangat digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.

-Ibu mengandung tidak di benarkan

-Ibu breastfeed boleh amalkan selepas bayi bebas jaundice
Bahan-bahan:

Basuh bahan bersih-bersih. Kemudian lalukan dengan air paip sambil berselawat.

3-4 cm halia

3 sudu besar halba. Kalau nak lembut sikit rendamkan sekejap dalam air panas

3 ulas bawang putih. (Saya guna 4 sebab kecil)

15-21 biji lada hitam
Cara Buat:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar kering

2. Kisar sampai lumat. Lagi lumat lebih bagus.

3. Gentel bulat. Saiz ikut selesa anda nak telan. Keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Satu adunan tahan lebih kurang 2 minggu bergantung keperluan dan ketahanan badan.


4. Pengisar kering lebih cepat dan mudah tetapi agak sukar untuk dapatkan hasil yang betul-betul lumat.

Disarankan guna lesung untuk hasil yang betul-betul lumat. Tumbuk halba dulu sampai lumat. Kemudian lada hitam. Akhir sekali masukkan halia dan bawang putih. Hasilnya lebih lumat dan mudah nak gentel.


ATURAN MAKAN:

1. Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)

2. Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.

Sumber: Migguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lwdxic
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2llX6o5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com