Sunday, 26 February 2017

Tips untuk bersaing dalam bisnis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Perniagaan Online Bunuh Perniagaan Konvensional“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips untuk bersaing dalam bisnis.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Beberapa hari lepas, Abang bertemu seorang teman yang mengeloh dengan saingan bisnis yang sangat tidak adil.

Perniagaan bukan selurus yang kita sangka dan semudah yang kita impikan. Ianya adalah perjuangan dan hanya 10% mencapai impian ketika 90% lagi hanyut dibawa gelombang tsunami bisnis yang sangat ganas.

Setiap usahawan akan berusaha meyakinkan yang lain dengan berbagai pujukan lunak untuk manafaat paling tamak yang boleh. Ini bukan kisah sekarang tetapi sejak beribu tahun dulu seperti maksud ayat 23 – 24 surah #Sad

Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”. Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).

Kisah pada zaman Nabi Daud membukti betapa ketika itu sudah ada persaingan dalam perniagaan dan yang kuat pasti menang walaupun tidak adil. Kisah ribuan tahun ini sedang berlaku dalam dunia bisnis sekarang sehingga ramai yang tewas manakala yang kuat akan terus berkuasa menakluk dunia perniagaan.

Jadi jangan bersedih sahabat ku, bisnis memang begitu, bangun jadi perjuang yang berilmu untuk bersaing dengan pendekar-pendekar bisnis yang lain. Tidak semesti yang tidak terkenal sebagai usahawan itu gagal, malahan ramai di antara mereka yang tidak terkenal itu lebih berjaya. Tidak seperti sebahagian usahawan yang sangat terkenal, belum tentu mereka berjaya, ada yang indah khabar dari rupa.

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2lITD4G
via Denaihati.com