Sejak berpindah rumah empat bulan lalu, suami tiba-tiba ada hobi baru iaitu memelihara kucing. Mula-mula dia mengambil seekor kucing yang bernama Abu yang diberi secara percuma oleh salah seorang kenalan di laman sosial. Sejak itu sumi dan anak-anak mula memberi perhatian dan manjakan Abu.
Saya pula jenis yang tak suka kucing sebabnya takut pada kucing tapi pasrah saja sebab suami dan anak-anak minat pada si bulus. Sebulan selepas itu tambah lagi seekor kucing yang diberi nama Loma dan dibeli oleh suami dengan harga RM 120. Bertambahlah kawan Abu dan saya yang memang tak suka kucing ni terpaksalah akur dengan minat mereka.
Paling sedih, masa Loma bunting dia mengalami keguguran dan anak-anak Loma seramai 5 ekor mati ketika dilahirkan. Ketika itu suami dan anak-anak memang sedih apatah lagi bila lihat Loma lemah. Selepas semingu barulah saya lihat Loma aktif semula seperti selalu.
Rupa-rupanya dalam diam suami beli seeokor lagi kucing dan kali ini diberi nama Ten Ten dengan harga RM 200. Maka bertambahlah lagi kucing peliharaan kami sebanyak 3 ekor. Walaupun saya jenis tak tahan bau busuk kucing tapi kena tahan juga. Sejak bela kucing ni anak-anak saya bukan main manja dengan haiwan kesayangan mereka.
Oklah disini saya nak berkongsi tips bagi mengelak kucing membuang air merata-rata di dalam rumah yang saya perolehi dari sumber internet. Tips ini juga menjadi panduan dan juga pengetahuan buat saya begitu juga anda yang cukup bermanfaat…
1.Cuka
Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja kencing, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali, oleh itu anda perlu bertindak segera. Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
2.Toilet Training
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat. Saya takde pun mende tuh sbb saya suka kucing berak @ kencing ditempat² tersorok diluar kawasan rumah.
3.Serai
Orang cakap bau serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering kencing di dalam rumah ataupun anda boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lLrg5P
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lLJzI7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com