Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Passti ramai pembaca baru yang terjumpa blog ini kerana kata kunci “Dividen Tabung Haji 2016” merupakam antara carian yang paling banyak di blog ini.
Tahun 2016 menutup tirai dengan pengumuman Dividen dan Bonus oleh Tabung Haji yang merentap hati pelabur kerana nilainya lebih rendah berbanding Dividen dan Bonus 2015. Tabung Haji mengumumkan dividen dan bonus 2016 adalah 4.25 sen seunit dan bonus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sebanyak 1.5 sen seunit untuk simpanan maksima RM9,980. Dividen dan bonus yang diagihkan selepas ditolak zakat tahunan.
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah syukur dengan rezeki ini walaupun ini adalah dividen berkurangan berbanding tahun 2015, kerana pelaburan Tabung Haji adalah pelaburan patuh syariah untuk jangka masa panjang. Pelaburan Tahung Haji ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tabung Haji“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.
Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka diajar untuk melabur pada berbagai bakul pelaburan, ada bakul hari-hari, ada bakul minggu-minggu, ada bakul bulan-bulan dan ada bakul tahun-tahunan. Pelaburan Tahung Haji adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari sifu pelaburan Azizi Ali yang merupakan jutawan pelaburan. Abang juga belajar ilmu pelaburan melalui perkongsian sifu-sifu yang lain. Semakin banyak ilmu semakin bijak kita menguruskan pelaburan dan kewangan.
Pesan guru Abang jangan fokus hanya satu jenis pelaburan kerana setiap pelaburan ada risikonya. Kalau satu bermasalah yang lain akan dapat membantu. Contohnya hanya fokus hartanah sehingga ada berbelas-belas rumah dah macam jadi agen hartanah. Agen dan pelabur hartanah adalah dua perkara yang berbeza.
Selama melabur dan jangan lupa indaq sebahagian daripada dividen dan bonus untuk rezeki yang berganda-ganda. Itu janji TUHAN.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2k7z3vx
via Denaihati.com