Tuesday 14 March 2017

Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips jadikan blog sebagai mall jualan“. Kali ini Abang nak berkongsi nasihat ustaz kepada kawan-kawan yang selalu marah apabila kawan mereka tidak membantu ketika susah.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pasti kita sering membaca kelohan sahabat-sahabat di sosial media terutama apabila dalam kesusahan dan tiada siapa yang sudi membantu. Maka keluarlah ayat “sahabat masa senang ramai tapi sahabat masa susah semua lari”.

sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network geng blogger

Ustaz kata apabila kita rasa gembira, apabila kita rasa sedih, apabila kita inginkan sesuatu yang kecil, apabila kita inginkan sesuatu yang besar, apabila kita ditimpa masalah yang kecil, apabila kita ditimpa masalah yang besar.

Ustaz juga kata apabila kita disanjung orang, apabila kita dibenci orang, apabila kita disihir orang dan apabila kita rasa tiada siapa lagi nak tolong

Jangan berharap pada manusia tetapi mintalah tolong hanya pada TUHAN tidak kira masa bila pun seperti maksud ayat 60 surah Ghafir

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Ustaz akhiri nasihatnya sesungguhnya manusia tiada kuasa yang berkuasa hanya TUHAN maka mintalah bantuan pada NYA dan jangan kecewa kalau doa kita belum diterima sebab kalau tidak dimakbulkan di dunia pasti akan dimakbulkan di akhirat.

Abang hanya tolong sampaikan kata ustaz.

Jangan lupa setiap hari berselawat paling tidak 100x

‎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2nlXwjC
via Denaihati.com