Wednesday, 1 March 2017

Aktivis Mahu Zakir Naik Ditangkap Dan Diusir Dari Malaysia


Sekumpulan aktivis hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah kontroversi Zakir Naik.

"(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

"(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia," kata Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu.

Saman itu difailkan oleh Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.-Malaysiakini







from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lVpi2K
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lSsRZe
via MerahHatiCintaku.blogspot.com