Di sebalik kemeriahan kita membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelma, segelintir peniaga masih lagi mengambil kesempatan untuk berniaga kerana mungkin orang ramai juga menunggu saat akhir untuk membeli segala kelengkapan untuk menyambut lebaran tak lama lagi.
Namun, mungkin ianya sudah takdir. Rata-rata peniaga kecil ini tidak mempunyai permit atau lesen yang sah untuk meniaga. Dan pada malam semalam DBKL dan Polis telah membuat satu operasi dan menyita barangan niaga bagi mereka yang tidak mempunyai lesen atau permit yang sah.
Bagi Mohd Fadli Salleh, tindakan DBKL sangat kejam. Mereka hanya cuma berniaga secara kecil-kecilan untuk mencari rezeki untuk keluarga. Semoga ada hikmah buat mereka ini.
Siapa friend dengan Dato Bandar Kuala Lumpur, menteri-menteri dan pengarah DBKL tolong panjangkan pada mereka hal ini.
DIGEMPUR TERUK! Teruk yang amat. Semalam operasi besar-besaran betul. Dari jam 9 malam hingga 2 pagi. DBKL dan polis berpadu tenaga. Mengepung setiap lorong-lorong di Jalan TAR dan sekitar.
Mereka di arah untuk menggempur Anak-Anak Lorong habis-habisan. Salah apa anak-anak muda ini? Salahnya hanya berniaga tanpa permit. Mereka bukan sengaja nak berniaga secara 'rambo'. Mereka ada pohon permit, namun tidak diluluskan.
Semalam,banyak tong disita. Operasi semalam memang sangat menguji Anak-Anak Lorong 786. Berniaga dalam takut-takut. Silap langkah, dipegang dan dirampas semua jualan.
Tapi mereka terpaksa juga. Hari raya bakal menjelang. Baju raya anak isteri mesti dibeli. Duit poket untuk balik kampung lagi. Kos segala macam lagi. Semua perlukan duit.
Dan untuk dapatkan duit, mereka perlu berniaga!
Dato Bandar, Dato Menteri, dan pegawai-pegawai atasan sana. Tolonglah faham situasi kami peniaga air jalanan ini. Kami tidak mencuri. Kami tak jual dadah. Kami sekadar jual air untuk menghilang dahaga pengunjung sahaja.
Ya, kami tahu kami salah berniaga tanpa permit. Tuan-tuan yang berkuasa dah tunjukkan kuasa kalian. Tuan-tuan dah tunjukkan pada semua rakyat ketegasan kalian. Tuan-tuan dah rampas banyak tong air dan troli kami.
Namun tuan-tuan, dalam diri manusia ada satu perasaan dipanggil empati dan simpati. Dalam diri setiap manusia ada sikap tolak ansur. Bukan semua kesalahan perlu dihukum keras. Terkadang ada kesalahan boleh dimaafkan demi kepentingan yang lebih besar.
Sisi tegas tuan kami dah lihat. Seluruh negara dah lihat. Apa kata tuan-tuan tunjukkan dunia sisi tolak ansur tuan-tuan pula. Tunjukkan dunia bahawa kalian pun ada sifat empati dan simpati. Tunjukkan pada Tuhan kalian pun masih hamba dan bergantung padaNYA.
Puasa berbaki 5 hari saja lagi.
5 hari sahaja lagi kami peniaga-peniaga air di Jalan TAR dan sekitar akan bertahan demi sesuap rezeki.
5 hari Dato Bandar.
5 hari Dato Menteri.
5 hari para pegawai atasan yang berpangkat tinggi.
5 hari ini mohon sangat kalian permudahkan urusan kami untuk berniaga.
5 hari ini mohon dengan sangat tong kami tidak lagi disita.
5 hari yang tinggal inilah tempoh yang tinggal untuk kami 'merempit' mencari rezeki untuk disuap pada anak isteri.
5 hari ini janganlah kacau kami. Tolonglah.
* Mudahkan urusan kami dan semoga Allah permudah urusan kalian.
* Jika ada sahabat friend dengan menteri, Dato Bandar atau pegawai berpangkat tinggi di DBKL, mohon tag mereka.
* Bagi muka la sikit kat aku.
#Anak2Lorong786
#MFS
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sXzYnP
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rXurcf
via MerahHatiCintaku.blogspot.com