Monday, 26 June 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “sepuluh kisah paling viral di FB Denaihati“. Syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadan 2017. Jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadan yang akan datang.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Raya Aidilfitri untuk tahun 2017 ditetapkan pada  25/6/2017. Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seluruh dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Peperangan di Syria semakin hebat seperti dunia semakin sampai di pengujungnya. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.

Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan bisnis, para pengiklan, rakan jemaah Bisnis Denaihati serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.


Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.

Taqaballahu mina waminkum.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2sSBO6E
via Denaihati.com