Thursday, 29 June 2017

"Picit Hidung, Pujian Dan Kata Cinta, Cara Rasulullah Pujuk Isteri Baginda Yang Sedang Merajuk'- Ustaz Ebit Lew


Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini boleh dipraktikkan, di mana beliau menjelaskan bagaimana cara Rasulullah SAW memujuk isteri Baginda yang sedang merajuk.

Seorang lelaki tanya saya, isteri saya tak sayang saya. Langsung tak hormat saya. Tak layan saya. Tak masak untuk saya. Tak peduli saya. Dia kuat membebel dan sakitkan hati. Dia utamakn mak ayah dia dan nak saya hormat dia. 

Dia tak pernah pujuk saya bila marah. Tak pernah bermanja. Tak pandai layan saya. Tak romantik..sedihlah ustaz.. Saya tak faham dia. Dia pun tak faham saya..

Allah sayang abang. Bila kita tidak mengasihi kita tidak dikasihi. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita tak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan beri pada orang lain.

Abang sayang dia tak? Saya sangat cinta dan sayang padanya. Cinta dan sayang itu kurnia Allah. Allah yang beri. Cinta itu indah abang. Syurgalah tempat kemuncak segala cinta dan bahagia.

Berdoalah pada Allah supaya memberi rasa cinta dan sayang. Dia yang memegang hati setiap dari kita. Allah sayang kita..

Hargailah rasa cinta itu dengan bawa cinta itu pada Allah. Memberi kerana Allah..Pimpin pasangan dan mulakan dengan memberi. Bila kita mencintai. Kita akan dicintai. Rasulullah saw sendiri baring atas riba isterinya. Rasulullah mulakan pegang dan dukung isteri. Rasulullah saw sendiri mulakan bergurau dan main kejar-kejar. 

Rasulullah saw mulakan ajak mandi sekali. Rasulullah suapkan makanan dulu. Rasulullah mulakan memujuk isteri merajuk dengan memicit hidungnya. Rasulullah saw sendri mulakan pujian dan kata cinta. Buatlah kerana Allah. Hidup untuk Allah. Bukan untul wanita. Mereka amanah untik kita pimpin masuk syurga..


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sWryMm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2upe9KE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com