Baru-baru ini viral dengan resepi biskut ulat bulu atau beluncas yang comel dengan bermacam-macam warna.Maklumlah nak sambut hari raya.Muncul lah pelbagai inovasi baru dalam pembuat kuih raya.Mungkin awalnya kita fikir biskut ini comel tapi ternyata hukum membuat dan berjual belinya tidak boleh diambil mudah oleh pengguna.
Jadi mari kita semak baik-baik apa hukumnya.
Mengambil sebuah pertanyaan daripada seorang wanita. Apakah hukum membuat kuih dengan bentuk gambar makhluk bernyawa dan apa hukum memperjual belikannya?
Jawab:
Tidak diperbolehkan membentuk kuih dan yang lainnya dengan bentuk gambar makhluk bernyawa. Berdasarkan keumuman hadits yang menunjukkan akan haramnya tashwir (menggambar makhluk bernyawa) .
Seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ مُصَوِّرٍ فِي النَّارِ ، يَجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُورَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَتُعَذِّبُهُ فِي جَهَنَّم
“Setiap pembuat gambar tempatnya di neraka. Kelak Allah akan membuatkan untuknya gambar yang pernah ia buat (semasa di dunia) lalu gambar itu menyiksa dirinya di neraka Jahannam.” (HR. Muslim No. 2110)
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu beliau berkata, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُون
“Sesungguhnya manusia yang paling keras siksaannya disisi Allah kelak dihari kiamat adalah pembuat gambar.” (HR. Bukhari 5950 dan Muslim 2109)
Para ulama yang bersepakat dalam Lembaga Fatwa Saudi Arabia (Allajnah Ad Daimah Lil Ifta) mengatakan,
“Yang menjadi acuan pengharaman tashwir kerana tashwir adalah menggambar makhluk yang memilik nyawa. Boleh berupa patung, gambar yang dipajang di dinding, gambar yang dilukiskan di kain, kertas. Baik (diproduksi) secara massal pada pabrik tekstil atau dilukis dengan kuas, pulpen ataupun dengan bantuan peralatan modern.
Termasuk larangan menggambar makhluk bernyawa sesuai dengan bentuk aslinya atau hanya hasil imajinasi semata, kecil ataupun besar, dibuat cantik atau dibuat jelek. Termasuk di dalam larangan, seseorang membuat garis-garis membentuk sebuah kerangka tulang.
Kesimpulan
Semua pengharaman ini dikarenakan oleh sebab menggambar makhluk yang memiliki nyawa. Seperti contoh gambar-gambar hasil imajinasi yang dianggap menyerupai orang-orang yang hidup semasa Fir’aun dan para pemimpin pasukan perang salib serta bala tentaranya.” (Fatawa Al Lajnah Ad Daimah 1/696).
Para ulama menegaskan akan haramnya membuat gambar makhluk bernyawa meskipun terbuat daripada kuih atau sebagainya
Ad Dardir berkata, “Diharamkan membuat gambar (3D) haiwan-haiwan yang berakal ataupun tidak dengan catatan dilengkapi anggota tubuh yang sempurna dan terbuat dari bahan yang kekal menurut ijma’ ulama. Adapun gambar yang terbuat dari bahan yang tidak kekal, menurut pendapat yang terkuat juga termasuk dalam larangan seperti gambar 3D yang terbuat dari kuih ataupun kulit tembikai.” (Asysyarhul Kabiir 2/337-338)
Al Qalyuubi berkata, “Tidak diperbolehkan memperjualbelikan gambar makhluk bernyawa, salib meskipun terbuat dari emas, perak atau terbuat dari kuih.” (Khasyiyah Qalyubi 2/198)
Dengan demikian diharamkan membuat kue dengan bentuk menyerupai makhluk bernyawa dan dilarang memperjual belikannya.”
Berikut penjelasan daripada Ustaz Khalid Basalamah :-
Allahu a’lam
Rujukan: wajibbaca.com
Namun Begitu Terdapat juga pendapat lain daripada pendakwah terkenal negara Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.
Menurut UAI boleh dimakan, tetapi tidak boleh dibuat perhiasan. Bentuk-bentuk yang bernyawa jika dihias di dinding-dinding akan dihormati dan dimuliakan oleh orang yang melihat, maka tidak boleh. Ulamak sebut dalam kitab-kitab fekah bahawa makanan berbentuk binatang boleh dimakan kerana bila kita makan kita tidak memuliakannya. Selain itu UAI juga berpendapat ianya boleh disebabkan ia tidak bersifat kekal kerana apabila dimakan kuih atau biskut itu,bentuk cetakan biskut itu akan hancur dan hilang bentuk asalnya.
Berikut adalah video penjelasan UAI:
Namun begitu, adalah lebih elok ditinggalkan kerana untuk mengambil langkah selamat daripada terlibat dengan dosa larangan daripada Allah kerana ia nya samar-samar dan tidak jelas.
Hukum syubhat didasarkan pada hadist Rasulullah Saw,
حدّثناَ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيْدٍ أَنْبَأَناَ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عن مُجَالِدٍ عن الشَّعْبِي عن النُعْماَنِ بْنِ بَشِيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَ الْحَراَمُ بَيِّنٌ وَ بَيْنَهُماَ أُمُورٌ مُشْتَبهَاتٌ لاَ يَدْرِي كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ أَ مِنَ الْحَلاَلِ هِيَ أَم مِنَ الْحَرَامِ فَمَنْ تَركَهاَ اِسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَ عِرْضِهِ فَقدْ سَلِمَ وَ مَن وَقَعَ شَيئاً مِنهاَ يُوشِكُ اَنْ يُوَاقِعَ الْحَرَامَ كَماَ أَنَّهُ يَرْعَى حَولَ الْحِمَى يُوشِكُ اَنْ يُواقِعُهُ أَلآ وَ إِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلآ وَ إِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ (رواه الترمذي)
Qutaibah bin Sa’id menceritakan kepada kita, Hammad bin Zaid mengabarkan kepada kita dari Mujalid dari Sya’bi dari Nu’man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Halal itu jelas dan haram itu jelas pula, dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat (yang samar-samar), banyak orang yang tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa yang meninggal-kannya, maka ia telah membersihkan dirinya untuk agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia dan barangsiapa jatuh kepada hal syubhat, maka ia seakan-akan jatuh kepada yang haram. Umpama seorang yang menggembala dekat daerah yang terlarang, seakan ia nyaris jatuh (memasuki) daerah itu. Ketahuilah bahwa setiap negara ada tapal batasnya, dan tapal batas Allah adalah yang diharamkannya. (HR. at-Turmudzi)[5]
Wallahualam.
Sumber: Suaramedia.org
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tDABQO
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sLnnkT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com