Tuesday 20 June 2017

Ayat Mira Memang Padu, Zizan Razak Kena ‘Friendzone’ Dengan Mira Filzah


Zizan Razak kerpa kali dikaitkan dengan ramai pelakon wanita, kini dikatakan sedang mesra dengan Mira Filzah, hal ini kerana Zizan sering bersama Mira Filzah.

Zizan Razak dan Mira Filzah turut menampakkan kemesraan mereka di laman sosial dengan perkataan sayang-sayang. Adakah sekadar satu publisiti atau kebenaran?

Baru-baru ini, Mira ada membuat kenyataan bahawa hubungannya dengan Zizan hanyalah sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Adakah Mira Filzah dah berpunya?

Mira Filzah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan. Malah, dia tidak mahu terus terlibat dengan kontroversi percintaan.

Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu sebegini kerana saya lebih selesa solo begini. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta. Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang.

Kalau pun ada pihak yang mahu saya bercinta dengan Zizan, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya selesa berkawan saja, tidak lebih daripada itu.

Kenyataan Mira ini sudah cukup jelas memberitahu dia tidak berminat untuk bersama dengan Zizan. Peminat sudah boleh berhenti berharap agar mereka bergelar pasangan kekasih.

Sumber: Bmalaysia.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sLHUHZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rRaQtZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com