Sunday 1 October 2017

Lemak Pada Bahagian Perut? Ketahuilah Wahai Wanita Bahawa Anda Sebenarnya Memang Memerlukannya!


Kecantikan sememangnya sangat sinonim dengan wanita. Mereka seringkali mahu dilihat cantik, anggun dan sihat serta berkeyakinan. Mereka juga sangat teliti dari segenap aspek kecantikan daripada kecantikan rambut hinggalah kepada kecantikan kuku.

Kelangsingan tubuh antara aspek yang paling dititik beratkan. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja, berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal.

Namun begitu, tahukah anda bahawa perut yang kempis sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik untuk golongan wanita? Mahu tahu mengapa? Wanita sebenarnya memerlukan antara 10 hingga 12 peratus kandungan lemak dalam badan. Ini sebenarnya saiz minimum yang perlukan golongan wanita untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bagi yang memiliki perut yang terlalu kempis, kandungan lemak akan mulai menurun sehingga 13 peratus menyebabkan berlakunya keseimbangan hormon yang serius. Hal ini berlaku kerana lemak yang terdapat di perut anda sebenarnya membolehkan penghasilan estrogen dari tubuh secara tidak langsung tubuh akan menjadi lebih sihat.

Wanita yang mempunyai lemak berlebihan biasanya mempunyai tahap estrogen yang tinggi manakala wanita peratusan lemak badan rendah akan menghasilkan estrogen yang lebih rendah. Hal ini kerana lemak badan sebenarnya menyimpan dan mengeluarkan sejumlah kecil estrogen.


Estrogen adalah hormon yang agak penting. Dalam kitaran haid, estrogen bertanggungjawab untuk mengekalkan keseimbangan kolesterol, mengekalkan dada yang sihat, membantu mengawal emosi, mengekalkan kesihatan tulang dan lain-lain lagi.

Secara umumnya, lemak badan yang sangat sedikit boleh menyebabkan tulang akan mengalami kerapuhan dengan kadar yang lebih tinggi. Selain itu, kurangnya lemak badan akan menyebabkan berkurangnya fungsi imun serta adakalanya ia akan mengganggu sistem reproduksi.

Bagi yang tidak selesa dengan sedikit lemak tambahan di abdomen bawah, maka sudah tiba masanya untuk membiasakan diri dengannya. Memiliki sedikit lemak pada perut bukanlah sesuatu yang tidak baik bahkan ia menandakan bahawa anda sebenarnya sihat.

Memerlukan lemak tidak bermakna anda bebas menikmati apa sahaja makanan berlemak tanpa had. Anda memang memerlukan lemak, tetapi lemak yang berlebihan pula akan menjejaskan kesihatan anda. Semuanya harus seimbang supaya kesihatan yang baik dapat terus dikekalkan.

Perut yang kempis sememangnya menjadi idaman golongan wanita. Namun begitu, itu bukanlah sesuatu yang baik sebenarnya. Sedarlah bahawa kesihatan adalah perkara yang jauh lebih penting. Tidak salah untuk menjadi cantik tetapi kesihatan haruslah lebih diutamakan. Apa guna cantik jika anda tidak sihat?

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xTwaFZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xQL27z
via MerahHatiCintaku.blogspot.com