Wednesday, 13 December 2017

Melayu akan bebaskan Baitulmaqaddis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Trump tiup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis“. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat yang mengatakan bahawa Bangsa Melayu bakal membebaskan Baitulmuqaddis..

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Setiap kali berlaku pergolakkan di Palestin, Malaysia pasti akan menjadi antara negara pertama yang berdiri bersama Rakyat Palestin menentang kekejaman Israel. Berbagai NGO akan mengumpulkan berbagai bantuan untuk membantu rakyat palestine yang dikejami. Pada 22/1/2013, Perdana Menteri DS Najib Razak telah menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza. Sahabat blogger Hilal Azmi yang juga wartawan Astro Awani pun pernah menjejaki kaki di Gaza.

Kisah Bangsa Melayu dengan bumi Palestin bukan kisah baru tetapi kisah beribu tahun yang telah tercatat di kitab-kitab kuno Yahudi.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi – Misteri wangian yang hilang.

Teori ribuan tahun ini dikuatkan lagi apabila Sheikh Nawaf Takruri, Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan telah berkata

Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa. Perkara ini akan berlaku, Insya Allah. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam tanpa kompromi. Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) bersama bala tentera untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis, di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa.

Orang Melayu yang tidak faham asal usul mereka memang tidak akan faham. Ini antara komen-komen saudara-saudara Melayu kita di page Denaihati apabila dikatakan Bangsa Melayu akan membebaskan Baitulmuqaddis. Ada yang setuju dan ramai yang tak setuju.

Muhammad : Tak payah nak perasan sangat, belajar dulu betul-betul apa melayu yang syeikh tu cakap, perasan melayu kita konon, Melayu dengan jiran pun bergaduh pasal tempat buang sampah nak jadi hero palestin konon.. puii

Rayyan : nak melepeaskan bangsa sendiri pun dari pemimpin yang zalim pun fail, ada hati nak bebaskan palestin, kantuikkk tak tun tuang kawww lahhh

Mat Shah : Selepas Nabi Isa berbangsa yahudi, Allah pilih nabi khatamun nabiyin berbangsa arab, Allah yang pilih Allah yang maha meletakan semua perkara di tempat nya Allah pemilik sekelian alam dulu kini dan selama nya.

Fatih : Tengok amalan dulu semak-semak diri dulu, betul ke kau orang yang di maksudkan oleh ulama ini, baru boleh cakap kauorang kalau amalan tak cukup, amalan pancar sila jadi amalan negeri kamu jangan cakap kamu orang yang dimaksudkan jadi syirik takbur.

Putra Cni Ismail : Kalau tak tau dan belajar sejarah melayu sendiri kita akan jadi macam inilah. Ketawa macam pandai, perli macam dia tau sangat. Bodoh tapi sombong.

Mat Ali : Melayu Malaysia main telor ja tau… Kah kah kah

Jeneral Solleh : Melayu kuat makan roti canai..tibai nasik..macamana nk berperang..kenyang sikit mengantok jee

Muhammad Bin Hassan : Nusantara akan bersama imam mahdi memerangi dajjal.

Melayu bukan sahaja Melayu Malaysia tetapi Melayu seNusantara  yang berjiwa perjuang sudah dipilih ALLAH, kini sudah bersiap sedia menanti panggilan seboyan untuk membebaskan Baitulmuqaddis. Trump sudah meniup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis.

Mari kita halusi maksud sajak “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh”  karya Saterawan Negara Usman Awang.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :

Maksudnya: Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-Mahdi.

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/502)

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2BjkjmC
via Denaihati.com