SEORANG nelayan menahan kesakitan hampir 30 minit apabila kaki kirinya digigit seekor anak ikan yu berukuran sepanjang lebih 0.5 meter.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 24 tahun digigit ketika sedang menjaring ikan di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Kejadian menjadi cemas apabila ikan jerung itu enggan melepaskan gigitan walaupun selepas mangsa naik ke darat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sepang Leftenan (PA) Azli Muhidin berkata, ini pertama kali pihaknya menerima kes sedemikian sejak menara penyelamat APM dibangunkan di lokasi itu pada 2011.
Beliau berkata, seramai lima anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang terpaksa berhempas pulas selama kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan jerung berkenaan dari kaki mangsa.
Pasukan APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan ikan berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek menggunakan ambulans APM untuk menerima rawatan," katanya.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BuJBzm
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BgNFif
via MerahHatiCintaku.blogspot.com