Thursday, 21 December 2017

Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Senarai 30 Syarikat Pelaburan Terlibat Dalam Penipuan“. Kali ini Abang nak berkongi hasil pelaburan ASB untuk tahun 2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tahun pelaburan 2017 menutup tirai dengan pengumuman dividen ASB yang mengembirakan hati pelabur. Viral di sosial media apabila PNB mengumumkan dividen ASB 2017 adalah 7.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan ‘bonus istimewa ulang tahun’ sebanyak 1.00 sen sesaham bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ini menjadikan jumlah pulangan unit pelaburan itu sebanyak 8.25 sen sesaham bagi 2017.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki iaitu kenaikan 12% daripada dividen ASB tahun 2016. Pelaburan ASB adalah pendapatan jangka masa panjang. Pelaburan ASB ini kalau pandai menggunakan kuasa compounding memang lumayan, dapat dividen dari dividen. Dalam entri “Dividen Tahung Haji 2016“, Abang huraikan bagaimana duit pelaburan kita boleh berganda-ganda (compounding) pada jumlah yang banyak dalam tempoh tertentu.

Kepada yang bijak menguruskan kewangan pasti mereka ada berbagai bakul pendapatan, ada bakul hari-hari, ada bakul mingguan, ada bakul bulanan dan ada bakul tahunan. Pelaburan ASB adalah pendapatan untuk bakul tahunan. Abang mula belajar penguruskan duit dari membaca buku sifu Azizi Ali jutawan pelaburan dan dikembangankan ilmu melalui perkongsian sifu-sifu yang lain.

Sifu pelaburan Abang juga menganjar bagaimana menggunakan duit dividen ASB dan Tabung Haji dapat menambah pendapatan keluarga. Majoriti pelabur menunggu duit dividen ASB untuk dibelanjakan anak-anak masuk sekolah. Sifu bisnis Abang kata cara paling bijak adalah menggunakan dividen pelaburan untuk modal bisnis dan keuntungan bisnis barulah kita belanjakan untuk keperluan keluarga atau diri sendiri.

Kita kena belajar ilmu cara duit buat duit daripada usia muda supaya pada usia tua kita tidak lagi jadi hamba mencari duit.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2p8Mpw2
via Denaihati.com