BACHOK: Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir pantai Kampung Aur kira-kira jam 8 pagi tadi.
Seorang penduduk, Waliyul Amri Wahab berkata, dia mengetahui kejadian itu pagi tadi selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.
Menurutnya, ketika tiba di situ terdapat hanya tiga penduduk di lokasi kejadian dan dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian.
“Ketika tiba di situ hanya tiga orang sahaja yang ada dan pihak polis belum tiba lagi. Ada seorang wanita yang mengutip siput yang mula- mula menemui rangka itu pagi tadi. Saya segera hubungi polis untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu.
“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya kepada Sinar Harian.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2DbmHJA
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2C2Iiod
via MerahHatiCintaku.blogspot.com