Monday, 25 December 2017

'Terus Terang Encik Ada Bersama Dengan Isteri Ke Sampai Jahitan Itu Koyak Rabak?' - Akhirnya Suami Akui Paksa Isteri Bersama Walaupun Baru Selepas 4 Hari Bersalin


Setelah isteri berjuang nyawa untuk melahirkan anak, badan akan rasa sangat penat dan tidak bertenaga. Isteri kehilangan banyak darah semasa bersalin. Masa berpantang adalah saat yang amat diperlukan isteri untuk berehat. Inilah masanya suami mesti mengambil peranan untuk menjaga isteri sebaik mungkin.

Tetapi berlainan pula dalam kisah yang diceritakan oleh kakitangan perubatan ini. Alangkah kejamnya seorang suami yang bertuhankan nafsu sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia. Isteri yang baru saja bersalin anak sulung mereka, dipaksa si suami untuk melakukan hubungan kelamin. Biarpun isteri menolak, namun si suami bagaikan hilang akal dan tetap meneruskan niatnya kejinya itu. Semoga

KISAH ini berlaku lebih 10 tahun yang lalu. Ceritanya membuatkan saya rasa nyeri yang amat. Di bahagian kecemasan zon merah (kritikal, kami menerima seorang pesakit ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung, empat hari yang lalu. 

Mukanya pucat biru, mata hitamnya ke atas, bibirnya kebiruan, mulutnya berbuih-buih, badannya kaku dan sejuk. Menurut si suami, isterinya tiba-tiba terkena sawan sewaktu sedang tidur dan isterinya juga mengalami tumpah darah pada waktu yang sama. 

Kami kakitangan perubatan bertungkus-lumus menstabilkan keadaan si ibu yang sangat kritikal pada masa itu. Bantuan pernafasan segera juga diberikan. 

Dalam masa yang sama, doktor lain membuat pemeriksaan di bahagian bawah pesakit untuk melihat kadaran banyak mana darah yang keluar di pad ibu. Sebaik saja kain dibuka, didapati habis lencun kain, seluar dalam dan pad dipenuhi darah. Bila doktor memeriksa bahagian jahitan, ternampak sesuatu yang amat mengejutnya beliau.


JAHITAN EPISIOTOMI IBU TERBUKA!

Beliau terkejut bukan kerana luka epi itu terbuka disebabkan benang tertetas, tetapi disebabkan luka kelihatan seperti dikoyak-koyak dan menjadikan keadaan luka sangat teruk. Doktor sudah mengandaikan satu perkara ini yang berkemungkinan berlaku menyebabkan si ibu mengalami pendarahan yang teruk. 

Doktor bertemu dengan si suami dan pada masa ini si ibu sedang diberi bantuan pernafasan terus dari paru-paru, serta menerima pemindahan darah dan ubatan lain kerana keadaannya semakin tenat. 

"Jujur dengan saya ye encik, encik ada buat hubungan kelamin dengan isteri ke tadi?" tanya doktor dengan suara perlahan bertanyakan pada si suami. 

"Eh, mana ada doktor. Kan isteri saya baru saja bersalin?" jawabnya. 

"Encik saya minta encik berterus terang dengan saya. Luka di bahagian tempat jahitan itu koyak rabak. Tak mungkin kalau isteri buat kerja pun, dia akan koyak teruk macam yang saya lihat tadi," tegas doktor. 

Akhirnya si suami mengakui dia ada melakukan hubungan kelamin dengan isterinya secara paksaan. Isterinya meronta-ronta, tetapi dia memaksa. Selepas dia berjaya memuaskan keinginannya, tiba-tiba badan si isteri kekejangan, mulut berbuih dan diserang sawan. 

Allahuakhbar! 
Astagfirullah!

Tiada kata yang mampu diucapkan doktor tersebut. Hanya mampu menahan marah dan kesal. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput si ibu itu kembali ke sisiNya. Doktor tidak dapat menyelamatkan ibu berkenaan kerana kehilangan darah yang terlalu banyak dan mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalam badan. 

Ada hikmah ibu ini pergi. Tiada lagi trauma untuk dia hadapi. Tiada lagi kesakitan untuk dia rasai. Tetapi kasihan pada anaknya yang masih bayi. Baru ingin merasai kehangatan air susu ibu, baru ingin merasai lembutnya belaian ibu, kini sudah menjadi hatim kerana nafsu ayahnya sendiri. 

Manusia bila nafsu menguasai diri, hilang pertimbangan diri. Saya yang mendengar ini pun sudah rasa nyeri, apa lagi saat yang dirasakan arwah ketika dipaksa bersama dalam keadaan luka masih lagi belum sembuh. Nauzubillah Min Zalik.

Sumber: Muna Masrur via The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BzqnV2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zvJsWA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com