Sunday, 30 July 2017

Denaihati kembara ke Durban Afrika Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kembara Denaihati ke Johannesburg dan Pretoria Afrika Selatan“. Kali ini Abang nak sambung kisah kembara kami ke Durban Afrika Selatan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Lima hari di Johannesburg adalah pengalaman yang menarik. Siapa sangka Denaihati akan sampai Johannesburg dan Pretoria. Tak pernah mimpi.

Holistic Educarion centre Springs Geduld Afrika Selatan

Untuk meneruskan perjalan jauh, kami sewa van daripada syarikat sewa kereta Avis. Tak mudah juga nak dapat van untuk muatkan bagasi dan orang seramai lima orang. Daripada Johannesburg kami bergerak ke Holistic Educarion Centre kepunyaan Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah di Springs Geduld lebih kurang 60 km dari Johannersburg. Kami bermalam semalaman di sini. Sama seperti asrama MTS yang lain bersih dan kemas luar dan dalamnya.

Hasan Durum Education Centre Durban

Perjalanan kami seterusnya adalah 600 km menuju ke Durban. Kami memandu bergilir-gilir merentas Afrika Selatan dengan keadaan jalanraya yang baik dan pemandangan sekeliling yang indah.

Kami sampai di Hasan Durum Education Centre tengah malam. Hasan Durum Education Centre adalah antara beberapa madrasah di Durban yang diuruskan oleh Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah.

Anak-anak pelajar di Hasan Durum Education Centre

Sepanjang dua hari berada di Durban kami dibawa oleh seorang ustaz Turki ke beberapa tempat menarik di Durban antaranya waterfront yang sangat cantik, natal lion park dan summer camp yang diuruskan oleh MTS.

Durban memang bandar pelancungan yang moden dan ramai pelancung daripada berbagai negara yang bercuti di sini. Banyak penerbang antarabangsa yang membuat penerbangan terus ke Durban. Majoriti penduduk di Durban adalah daripada berkulit putih.

Madrasah baru MTS yang sedang dibina

Kami sempat juga di bawa melawat ke bagunan baru madrasah MTS untuk menampung pemintaan yang tinggi untuk belajar ilmu Islam. Madrasah MTS di Durban seperti juga di Johannesburg dan Spring Geduld menerima pelajar yang bukan Islam yang telah bersetuju untuk belajat ilmu Islam.

Kami di bawa ke Natal Lion Park lebih kurang 15 km dari bandar Durban. Pertama kali dapat melihat Gajah dan Singa pada jarak  yang sangat dekat. Kalau di Zoo Negara atau Zoo Taping hanya tengok dari jauh. Di Durban sebenarnya ada banyak safari-safari kecil sebagai tarikan pelancung. Selain itu ada juga Bird Sanctuary. Tiket untuk masuk ke Natal Lion Park Durban hanya R150 untuk satu kereta tidak lebih tujuh orang atau R220 untuk satu bas.

Jom tengok video kami memandu sendiri memasuki Natal Lion Park.

Selepas bermain-main dengan Singa kami bergerak ke Summer Camp yang diuruskan oleh MTS. Ketika kami sampai pelajar sedang bercuti. Sempatlah buat aqiqah dua ekor kambing dan makan BBQ bersama ustaz-ustaz yang tidak pulang bercuti.

Lokasi summer camp di kawasan tinggi jadi boleh lihat bandar Durban yang cantik. Sepanjang perjalanan menuju ke Summer Camp terdapat banyak rumah-rumah kotak setinggan yang menjadi kediaman kaum kulit hitam. Mereka memang sangat miskin.

Makanan halal di Durban  memang banyak sama seperti di Johannesburg. Sempat juga kami singgah di beberapa restoran halal ketika berada di Durban. Mudah sebab logo halal besar terpampang di pintu restoran yang mempunya status halal.

Banyak lagi tempat menarik di Durban yang tak sempat kami singgah kerana masa terlalu pendek. Ada rezeki Abang akan datang lagi melawat Durban untuk melihat tempat-tempat menarik  yang lain.

Ini video penuh kembara Denaihati di Durban

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Port Elizabeth lebih kurang 900 km. Perjalanan yang mendebarkan.

Untuk membaca kisah pengembaraan Abang di lebih 20 buah negara sila klik Kembara Denaihati. dan tonton video kemabara Denaihati di Denaihati TV.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2vksufU
via Denaihati.com