Susulan kes tular di media sosial seorang pelajar perempuan yang dipukul secara beramai-ramai oleh sepuluh rakannya yang lain kini menjadi perbualan hangat netizen.
Kes berkenaan yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, Sabah itu kini dalam siasatan polis dan 10 pelajar tersebut dilaporkan telah dipanggil untuk diambil keterangan malah ibu bapa dan para guru turut sama.
Kejadian itu kini menjadi topik hangat di laman sosial selepas tersebarnya satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan memukul seorang pelajar lain kerana dikatakan berebut seorang lelaki.
Remaja lelaki yang dikatakan menjadi rebutan 10 pelajar perempuan.
10 pelajar perempuan yang dikatakan membelasah rakannya.
Terbaru, satu gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook Afra Nayla memaparkan wajah seorang remaja lelaki turut tersebar dan dikatakan remaja lelaki tersebut menjadi punca pergaduhan diantara pelajar-pelajar berkenaan, namun tiada kesahihan dan kepastian yang dinyatakan.
Rata-rata netizen turut berpendapat kes sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya betul pergaduhan mereka membabitkan perebutan seorang lelaki kerana masih lagi bersekolah dan harus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Sumber: www.koleksiviral.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vfpCjw
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uQSTin
via MerahHatiCintaku.blogspot.com