Friday, 28 July 2017

'Perempuan Baru Lepas Bersalin Ni Lain Sikit Perangainya' - Netizen Kecam Kenyataan Anzalna


Tindakan Anzalna Nasir membela adiknya, Afifah Nasir, mengundang reaksi negatif netizen apabila pelakon itu seolah-olah mendakwa isteri kepada Aliff Aziz, iaitu Bella Astillah, meroyan. 

Anzalna yang tidak sepatutnya campur tangan dalam hal adiknya itu akhirnya dikecam teruk oleh netizen di media sosial. 

"Kadang-kadang kita faham perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya. Bak kata orang, meroyan. Tapi itu orang tua cakap. Jangan salahkan I. 


"Semoga dapat diselesaikan dengan maju jaya. Hehe. Thank you la sis ambil berat," tulisnya di Instagram yang membalas kenyataan followersnya. 

Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap Anzalna. 





Sementara itu, Anzalna memuat naik gambar figura polis wanita berserta dengan kapsyen terkininya di Instagram sekitar jam 8 malam tadi yang meminta orang ramai tidak terus menyerang adiknya, Afifah, kerana belum terbukti bersalah. 

"Helooo sabar ye. Aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau Afifah Nasir bersalah, maka haruslah bertaubat dan minta maaf. Tapi sekiranya pihak sana bersalah, apa patut kita buat?

"Makcik tolong selesaikan masalah ni. Penat dah diorang type tu. Masing-masing tak sabar nak tau kebenaran termasulah I. Hahahahaha! #JanganDengarSebelahPihakSahaja," tulisnya. 


Bagaimanapun, ruangan komen gambar berkenaan ditutup.

Terdahulu, adik Anzalna, iaitu Afifah, didakwa menggoda Aliff Aziz yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan. Isteri Aliff, Bella Astillah mendakwa, ini bukan kali pertama Afifah cuba menggoda suaminya dan pernah menasihatkan wanita itu tidak menganggu rumah tangga mereka. 

Namun, petang semalam Bella yang mencari suaminya di pusat hiburan di Cheras, menemui suaminya bersama Afifah menyebabkan Bella berang lalu merakam gambar mereka sebelum telefonnya dirampas dan berlaku pergelutan di antara Bella dan suaminya. 

Bagaimanapun dalam kenyataan awal Afifah menjelaskan dia dan Aliff bertemu di situ untuk urusan produksi bagi drama Izinkan Aku Mencintaimu. 

Difahamkan, Aliff kini masih berada dalam tahanan pihak polis. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v7NsxZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uGKu2z
via MerahHatiCintaku.blogspot.com