Saturday, 29 July 2017

Itu Urusan Peribadi Mereka & Pihak Produksi Tak Masuk Campur – Kak Noi, Pengurus Produksi


Sebelum ini, Afifah Nasir ada memaklumkan yang pertemuannya dengan Aliff Aziz di pusat karaoke adalah atas urusan kerja. Malah Afifah turut memaklumkan yang pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Sekiranya anda berharap pihak produksi drama tersebut akan tampil menjelaskan apa yang terjadi, silalah berhenti berharap. Kak Noi yang merupakan Pengurus Produksi memaklumkan yang mereka tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir. Kata Kak Noi:-

Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.

Alamak macam mana nie Afifah? Pihak produksi yang diharapkan untuk menjernihkan keadaan enggan bersekongkol dengan anda. Adui. Nampak gayanya memang mereka berdua bertemu atas urusan peribadi. Mungkin mereka mahu berlatih untuk memantapkan lagi chemistry. 

Iyerlah, berlakon kena ada chemistry baru penonton boleh tangkap feel. Tak gitu? Kalau betul berlatih, ia satu usaha yang harus dipuji. Bukan senang nak jumpa artis baru yang sanggup bekerja keras di luar waktu penggambaran. Tak gitu? Apa kata anda? 

Sumber: http://ift.tt/MdxUOV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2u6OS7w
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2u6RK4l
via MerahHatiCintaku.blogspot.com