Friday, 28 July 2017

Jumpa Atas Urusan Produksi, Perlu Ke Pegang Tangan? – Komen Netizen Lepas Tonton CCTV


Belum pun habis kontroversi melibatkan adik kepada pelakon Anzalna Nasir dan Alif Aziz, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan pasangan ini pula tersebar.

Selain rakaman CCTV yang memaparkan pasangan didakwa Afifah Nasir dan Alif Aziz berpegangan tangan, sebuah lagi video yang tersebar ialah ‘sedikit’ sedutan dipercayai ketika isteri artis berasal dari Singapura itu ‘menyerang’ suaminya di pusat karaoke.

Berikutan penyebaran video tersebut, netizen semakin berang dan terus-menerus mengecam Afifah dan Alif.

Rata-ratanya memberi komen, Afifah tidak seharusnya mengeluarkan sebarang komen kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

Mereka juga menggesa Alif dan Afifah menjawab mengenai video mereka sedang berpengangan tangan yang sedang tular.

Di bawah merupakan video dikongsi pemilik Facebook Ziman de Fourthyseven:


Afifah sebelum ini mengeluarkan kenyataan kepada media, dia bertemu Alif kerana urusan produksi.

Afifah turut mendakwa wujud salah faham berhubung insiden tersebut dan memberitahu isu berkenaan akan dijawab wakil produksi.

Terdahulu, media melaporkan Aliff Aziz ditahan polis kerana membelasah isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Bella yang baru sahaja 20 hari melahirkan anak datang ke pusat karaoke terbabit dan menemui Aliff bersama seorang wanita yang didakwa Afifah Nasir.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2venmtE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2u4Y0cZ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com