Monday, 31 July 2017

Inilah Kehebatan Gabungan Lada Hitam Dan Kunyit


Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang, mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin, dan sebagainya.

Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan.

Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau lain-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000 – 2000 kali ganda.

Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit. Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.

Antara perubatan tradisional masyarakat kita yang semakin mendapat tempat di kalangan orang barat ialah penggunaan kunyit dan lada hitam untuk merawat penyakit tertentu. Lada hitam misalnya mampu menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, malah melawan kanser.

Manakala, kunyit diketahui bersifat anti-radang yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Menariknya, apabila kedua digabungkan ia mampu berfungsi lebih optimum. Seperti yang dipaparkan menerusi The Health Site, berikut merupakan sebab mengapa kunyit harus dicampurkan bersama lada hitam:

1. Melindungi saraf dari racun

Kandungan cucurmin polifenol dalam kunyit dikatakan mampu melindungi saraf sehingga mengurangkan stres. Malah, fungsi kunyit dipertingkatkan dengan ada lada hitam untuk melindungi saraf daripada racun.

2. Mencegah pembentukan batu hempedu

Campuran kunyit dan lada hitam dapat mencegah penghasilan batu hempedu. Ia lazimnya terjadi akibat pembentukan lemak.

3. Mengelakkan osteoporosis

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Endodontics menunjukkan campuran kunyit dan lada hitam dapat menghalang pembentukan osteoklas yang menjadi punca osteoporosis.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2udExXm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wfoxp9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com