KOTA BHARU - Seorang tukang emas mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini hari ini, atas dakwaan memukul isteri yang enggan memuaskan nafsunya.
Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Impiana, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 7 pagi, 22 Julai lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan selesai dibacakan, namun dia kemudian menukar pengakuan selepas mendengar peruntukkan hukuman penjara mandatori yang diperuntukkan seksyen tersebut.
Sebelum ini, pembantu pra sekolah terbabit membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya memukul hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam pada pipi dan tangan kiri bengkak selain sakit seluruh tubuh.
Pertengkaran antara mereka berlaku berikutan ibu dua anak berkenaan menolak ajakan suaminya untuk bersama kerana datang bulan.
Pasangan terbabit sudah berkahwin selama 19 tahun dan dikurniakan dua anak, namun pernah dua kali bercerai kerana punca yang sama.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uLCu0k
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vWwAYF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com