Saturday, 1 July 2017

Tular Video Papar Wartawan Muda Dari Pakistan Didakwa 'Meninggal Dunia' Ketika Bersiaran Langsung Lapor Berita



Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial di Pakistan dan India mendakwa seorang wartawan cantik daripada TV Channel 92 bernama Irza Khan dari Pakistan telah meninggal dunia.

Video yang berdurasi 29 saat itu menunjukkan Irza yang sedang membuat liputan siaran langsung di atas sebuah kren tiba-tiba jadi lemah menahan kesakitan dah terjatuh ke bawah namun sempat diselamatkan kru lain yang bertugas.



Video berkenaan telah menjadi tular ditonton lebih sejuta orang di laman Facebook, rata-rata menyatakan rasa simpati dengan wartawan muda berkenaan dan mengucapkan takziah.

Berita ini pada mulanya telah menjadi 'berita hangat' di kedua-dua buah negara berkenaan sehingga mendapat liputan media.

Namun hasil carian, ternyata berita yang mendakwa Irza meninggal dunia adalah tidak betul dan ianya dinafikan sendiri oleh Irza di laman Twitter dan Facebooknya dengan meletakkan #IrzaIsAlive.



Menurut beliau, dia bukanlah meninggal seperti yang heboh diperkatakan, ketika kejadian cuaca amat panas menyebabkan dia lemas dan jatuh pengsan.

Menurut Irza lagi, ketika jatuh dia telah mengalami kecederaan di kepala dan lengan di mana kru telah membawanya ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Ternyata selepas mendengar berita tentang kejadian sebenar, ramai netizen di negara berkenaan tampil mengucapkan syukur kerana berita berkenaan tidak betul. 

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tw4aqf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tvOnHL
via MerahHatiCintaku.blogspot.com