Friday, 28 September 2018

Dua Kanak-kanak Disengat Semut Charlie, Luka Habis Muka Dan Badan


KUANTAN - Dua anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan mengalami luka bernanah di muka dan badan akibat disengat semut Charlie pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut, Adriella Angel Stenley, 2, serta Muhammad Iffat Iskandar Mohd. Babuddin berusia 11 bulan dipercayai disengat serangga berkenaan ketika berada di kediaman mereka di perumahan polis IPD Pekan.

Ibu Muhammad Iffat Iskandar, Nurul Hazirah Zainol berkata, kira-kira tujuh ekor serangga tersebut dilihat terbang memasuki rumahnya sebelum kejadian.


"Kami menyedari anak disengat semut itu pada pukul 3 pagi selepas melihat dia mengalami gatal-gatal dan segera menghantarnya ke Hospital Pekan.

"Suami saya sempat membunuh semut itu. Kemungkinan semut itu terbang dari kawasan semak di belakang perumahan kami," katanya.

Selain itu, anak jirannya, Adriella Angel turut disengat serangga tersebut sehingga mengalami bengkak bernanah di bahagian mata.

"Anak saya cuma mengalami gatal-gatal di bahagian muka dan badan. Adriella Angel pula mengalami bengkak bernanah," ujarnya. 

Sumber: kosmo online


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N8GlKE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NRrsly
via MerahHatiCintaku.blogspot.com