Friday, 21 September 2018

Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”. Kali ini nak kongsi pengalaman kembara ke Amsterdam 2018. Ini bukan kali pertama Abang sampai di sini kali pertama pada tahun 2015 kisahnya boleh baca pada entri “Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015“.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kembara kali ini kerana Abang nak join Digital Marketing World Forum (DMWF) yang dianjurkan di Kota Amsterdam untuk menambah ilmu Digital Marketing yang sudah berkarat. Kali ini Abang datang bersama isteri dan anak sulong yang baru tamat belajar di UKM. Dari KL kami terbang dengan Emirates transit tiga jam di Dubai sebelum terbang terus ke Airports Schiphol. Dari Airport Schiphol kami naik teksi ke Apartment Eric Vekol dengan kadar Euro 60. Aparment inil bersebelahan Amsterdam Centraal mudah nak bergerak sebab ada perkhidmatan keretapi tempatan, kereta laju, feri, bas, teksi dan tram.

Digital Marketing World Forum (DMWF)

Seminar selama dua hari pada 19 – 22/9/2018 di Beurs van Berlage Amsterdam di bahagi kepada dua sessi iaitu :

  1. Data, Distruptive Tech & UX
  2. Content & Sosial Media Marketing

Pengisian seminar selama dua hari telah membuka minda untuk arah tuju bisnis untuk tahun 2019. Ada rezeki nanti Abang buat entri khas kongsi ilmu-ilmu yang dipelajari dari DMWF itu pun kalau ada yang berminat.

Gambar-gambar menarik di Amsterdam

Walaupun ini kali kedua menjejaki kaki ke Amsterdam tetapi rasanya baru pertama kali. Setiap hari kami habiskan masa berjalan berjalan dan berjalan menyelusuri bagunan-bagunan cantik dan terusan di sekitar kota lama ini. Nak shopping memang best sangat sebab banyak sangat kedai menjual berbagai jenis jenama yang murah, sederhana dan mahal.

Antara tempat menarik di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancung seluruh dunia adalah :

  1. Madam Tussads
  2. Ripley’s Believe it or not
  3. Body Worlds
  4. Van Gogh Museum
  5. Amsterdam Museum
  6. Moco Museum
  7. Martime Museum
  8. Rijks Museum

Antara pakej pelancungan menarik apabila datang ke Amsterdam

  1. Lawatan ke Countryside dan Windmills
  2. Lawatan ke Geithoorn
  3. Canal Cruise

Restoran Halal di Amesterdam

Makan halal di Amsterdam memang tak ada masalah. Berbagai jenis makan halal yang kita boleh pilih samada makanan segera, pizza, makanan Malaysia, makanan Indonesia, makanan tukri, makanan India dan sebagainya. Cara mudah nak mencari lokasi makanan halal adalah menggunakan aplikasi Zabiha.

Harga makanan boleh tahan mahal tetapi bila dah lapar harga jadi no dua yang penting perut berisi untuk sambung berjalan keliling Amsterdam.

Akan bersambung …



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2I4y75E
via Denaihati.com