Wednesday, 12 September 2018

Tips mencari menantu yang baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “DS Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi”. Kali ini nak kongsi tentang tips mencari menantu yang baik.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Bagi orang  zaman sekarang, mereka lebih mementingkan akan paras rupa dan kecantikan tubuh wanita atau kekacakan seorang lelaki dalam mengukur keperibadian seseorang untuk dijadikan calon menantu. Walhal kriteria yang dipakai Rasulullah itulah yang membuat baginda dapat menikmati kedudukan yang mulia dan dihormati.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Dari Jabir r.a., Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya; maka pilihlah yang beragama” (HR. Muslim dan Tirmidzi).

Rasulullah SAW melarang kaum lelaki memilih kecantikan semata-mata dalam menentukan calon isteri. Baginda bersabda:

“Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam yang baik agamanya itu lebih utama.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Cara memilih menantu orang dulu

Orang dulu kalau nak berkenalan dengan bakal menantu minta anak bawa bakal menantu datang rumah. Di rumah nanti ibu bapa akan menilai tingkah laku bakal menantu daripada beberapa ujian di beri. Yang lelaki kekadang diminta jadi imam solat fardu. Yang perempuan kekadang di minta ke dapur untuk bantu bakal emak mertua.

Memang menyeramkan bakal menantu apabila bakal mertua jemput datang ke rumah. Boleh tanya pada ibu bapa kita apa perasaan mereka dahulu apabila diminta datang ke rumah bakal mertua.

Kena pandai berlakon kalau nak dipilih jadi menantu.

Cara memilih menantu yang baik

Baru-baru ini dapat tips paling terbaik dari seorang Maulana cara untuk mengenali bakal menantu yang baik, memang tak akan ada peluang untuk berlakonan sebab ini yang Sahabat Nabi ajar.

Apa caranya …

Bawa bakal menantu musafir bersama paling sikit selama tiga hari tiga malam maka kita boleh kenal sifat sebenarnya.

Satu hari ketika seseorang memuji kawannya dalam persaksian sebagai orang baik, ‘ Umar bertanya padanya, ” Apakah engkau pernah memiliki hubungan dagang atau hutang piutang dengannya, sehingga engkau mengetahui sifat jujur dan amanahnya ?”
” Belum,” jawabnya ragu.
” Pernahkah engkau,” cecar Umar, ” Berselisih perkara dan bertengkar hebat dengannya sehingga tahu bahwa dia tidak fajir dalam berbantahan ?”
” Ehm, juga belum…”
” Pernahkah engkau berpergian dengannya selama 10 hari sehingga telah habis kesabarannya untuk berpura-pura lalu kamu mengenali watak-watak aslinya ?”
” Itu juga belum. “
“ Kalau begitu pergilah kau, hai hamba Allah. Demi Allah kau sama sekali tidak mengenalnya !”

Berdasar kisah ini untuk mengenali bakal menantu secara dekat ajak dia bermusafir. Kenalah keluar sedikit modal untuk manafaat berpanjangan bukan sahaja di dunia malahan yang lebih penting untuk kebaikan akhirat.

Hasil perkahwinan anak kita dengan bakal menantu ini bakal melahirkan keturunan kita. Keturunan yang baik pastilah hasil dari perkahwinan pasangan yang baik-baik.

Semuga artikel ini dapat memberi sedikit paduan kepada ibu bapa yang mencari-cari cara terbaik untuk memilih menantu yang bagus selain melihat kepada agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Ok8Oyw
via Denaihati.com