Saturday, 8 September 2018

Tun Mahathir senaraikan 13 kesilapan Orang Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kontroversi Pemilik Kapal Equanimity”.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Melayu adalah bangsa yang unik sudah lahir sejak beribu tahun dahulu. Melayu adalah bangsa yang mengusai Nusantara sehingga tempat tinggalnya digelar Semenanjung Tanah Melayu. Ada yang kata bangsa Melayu lahir daripada isteri ketiga Nabi Ibrahim yang telah menghilangkan diri ke timur jauh untuk lari dari pertelingkahan antara puak beribu tahun dahulu.  Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant yelah mengarang sajak bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh” adalah satu catatan Bangsa Melayu yang dikatakan satu Bangsa yang hilang sehingga kini masih tidak jelas susur galurnya walaupun berbagai kajian telah dibuat.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat tetapi Tun Mahathir kata inilah kesilapan orang Melayu sehingga kita jadi lemah.

1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja

“Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” – Tun Dr Mahathir Mohamad

BERAMANAH

7. Orang Melayu mudah memungkiri janji
8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita
9. Orang Melayu berat membayar balik hutang

“Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita kerana bangsa kita tidak dipercayai” – Tun Dr Mahathir Mohamad

BERPERASAAN MALU

10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang
11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah
12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas
13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan

“Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik. Terdapat banyak nilai hidup yang baik. Tetapi saya sebut disini hanya tiga sahaja. Iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu. Dengan tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita. Cubalah.” – Tun Dr Mahathir Mohamad

Benarkah Melayu lemah? atau ada gerakkan yang segaja menjadikan Melayu lemah. Atau mungkin pemimpin terdahulu bencikan Melayu dan memimpin Melayu menjadikan lemah? Perancangan memusnahkan Melayu adalah agenda dunia.

Anak jadi baik atau buruk dari didikan ayah dan ibu. Bangsa juga begitu kalau disalah didik, disalah pimpin maka buruklah jadinya.

Ramai Melayu hebat yang berkhidmat serata dunia tetapi tidak didendangkan kerana mereka bukan orang politik.

Kita pilihlah samada kita ingin menjadi Melayu yg hebat atau Melayu yg lemah, semua ditangan kita sendiri jangan biarkan politik menodai.

Selagi ada Islam di dunia ini selagi itulah akan ada Bangsa Melayu.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2oQMbXB
via Denaihati.com