Saturday, 22 September 2018

Najib Dan Rosmah Berdepan Saman Ganti Rugi & Konspirasi


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhadapan saman tuntutan ganti rugi dan dakwaan konspirasi yang dikemukakan oleh dua ahli perniagaan dan syarikat Radiant Splendour Sdn Bhd.

Memetik laporan Berita Harian online, pihak berkenaan menuntut ganti rugi RM50 juta di Mahkamah Tinggi serta tiga lagi atas dakwaan konspirasi sehingga menyebabkan mereka kerugian.

Dua ahli perniagaan dan juga pengarah syarikat itu, J R Deepak Jaikishan, 46, dan adiknya, J Rajesh, 45, sebagai plaintif memfailkan saman itu pada 12 September lalu melalui Tetuan Haniff Khatri Abdulla.


Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim S Nathan Balan.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Plaintif menamakan Najib, Rosmah, Datuk Ahmad Johari Abdul Razak, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai defendan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2xDZQ8o
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ptWAIV
via MerahHatiCintaku.blogspot.com