Wednesday 18 December 2019

ASNB umum dividen ASB 5.50 sen seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.50 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Jumlah 5.50 sen seunit ini terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit.

Bayaran agihan pendapatan ini akan membabitkan pembiayaan sebanyak RM9.0 bilion kepada 10 juta pemegang unit yang memiliki 167.2 bilion unit dalam ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Persekitaran pasaran pada 2019 adalah lebih mencabar berikutan ketidaktentuan pasaran kewangan, perang dagang US-China yang berterusan dan perdagangan global yang perlahan yang menjejaskan permintaan luar dan prestasi eksport bagi pasaran serantau.

“Dalam persekitaran yang mencabar ini, ASB berjaya memberikan jumlah agihan pendapatan sebanyak RM9.0 bilion bagi tahun kewangan 2019, hasil keuntungan terperoleh daripada peningkatan pelaburan luar negara yang dirancang di bawah rangka kerja Peruntukan Aset Strategik PNB.

Sehingga 16 Disember lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah menurun sebanyak 7.2%, menjadikannya antara indeks dengan prestasi terendah di dunia. Ini merupakan tahun kelima daripada enam tahun berturut-turut pasaran tempatan mencatatkan pulangan negatif, jelas beliau.

Jika dibandingkan prestasi antara ASB dengan penanda arasnya iaitu Deposit Tetap 12-Bulan Maybank, ASB mengatasi penanda arasnya sebanyak 2.4%.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2S2KSV9
via Denaihati.com