Friday, 6 December 2019

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun, Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja, Suami Jangan Marah!


Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka. Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim, usik sana sini, gurau semuanya jadi bertambah indah. Penat pun sama-sama. Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenatan yang dilalui sepanjang hari. Jangan asyik marah-marah tanpa usul periksa.

Adakalanya bershopping atau keluar makan bersama rakan menjadi masa rehat atau me time baik bagi isteri atau suami. Jadi kena bagi pasangan kita peluang untuk dirinya sendiri. Begitu juga halnya dengan tabiat shopping online.

Perkongsian seorang suami, Muhammad Yusof di facebooknya ini memang menarik. Benar katanya, sesekali bagi isteri peluang kerana dalam banyak hal, semua yang dibeli isteri memudahkan kerjanya seharian. Jadi beri dia peluang untuk reward dirinya sendiri.

Balik-balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai. Entah apalah yang dibelinya. Besar pulak tu. Baru je aku rasa dia beli barang online hari tu, hari ni sampai lagi barang.

Dalam hati aku rasa macam nak meledak je buat apa la asyik-asyik beli barang, asyik-asyik beli barang tiap minggu ni, tapi itulah bini kita ni macam ada instinct pulak tiba-tiba je ada suara dari dapur bagitau: ‘Yang beli jam Gshock sampai 9, 10 pasang tu untuk apa ya? Yang beli kasut Adidas, Nike, Dr Martens sampai berbelas pasang ni sapa nak pakai ya? Yang beli basikal mahal-mahal sampai berkarat tak naik, buat apa ya?’. Piung, piung berdesup macam pistol dia punya suara.


‘Saya beli vacuum baru yang jenis portable tak payah pakai wayar, kan senang sikit nak sedut habuk bawah sofa.’ Suara tu sambung bebel.

Pesanan aku buat lelaki/suami: perempuan ni bukan jenis beli yang ngarut-ngarut macam kita. Dorang biasa beli online untuk mempermudahkan kerja-kerja dorang kat rumah. Periuk Noxxa, vacuum robot, iron Phillips, make up, printer Epson, air fryer, steam mop, bantal Das Abdul, ni antara barang yang biasanya jadi wish list bagi kaum perempuan(aku rasa mana-mana perempuan pun akan setuju dengan wish list ni, rasanyalah).

Dulu aku agak tak berapa berkenan, buat apalah main kutu semata-mata nak beli Iron Philips yang harga beribu, kan banyak lagi iron yang murah-murah, rupa-rupanya bila dah ada iron tu depan mata, memang jadi mudah banyak kerja seharian aku dan bini rupanya.

Bagi kaum lelaki, sematkan dijiwa korang, percayalah bila bini ko beli apa-apa barang online ke offline ke, percayalah ianya sangat-sangat bermanfaat dan berguna untuk korang seisi keluarga. Contohnya, periuk Noxxa, iron Phillips, penapis air(tak sempat minum pun air tapi orang asyik mesej nak datang service), printer Epson, vacuum robot, vacuum takde wayar, air fryer, etc etc.

Isteri ni bila lelaki beli barang ngarut-ngarut, kasut la, raketlah, playstation4prolah, kereta hotwheellah, mesin mancinglah, jam gshocklah, basikallah, motorlah, takdelah pulak dorang nak marah tapi bila je si bini nak beli bag harga RM500 mulalah si laki nak jeling, buat apalah beli mahal-mahal, padahal beg clutch LV si suami tu harga RM600.

So, pada suami, biarlah isteri nak beli apapun. Biar dorang reward diri dorang setelah penat bekerja.

Dalam masa yang sama, yang laki ni kenalah faham sekali-sekala bagilah sesuatu surprise kat isteri. Bawak pi makan ke, bagi bunga ke, tak payah yang mahal-mahal. Cinta bukannya pada wang ringgit kan? Tapi itulah, ada orang kata kalau suami hadiah gelang emas, isteri akan senyum lebar sampai kat telinga selama seminggu. Tak tau la betul ke tak? ๐Ÿ™‚

Tapi semua tu basicly biarlah ikut kemampuan. Isteri mithali biasanya faham tahap kemampuan suaminya kalau tak takkan lah kebanyakkan isteri kerja nak tampung ekonomi keluarga, kan? Betul tak kaum perempuan? Aku nak dengar sikit pandangan kaum perempuan kat post ni ๐Ÿ™‚

p/s: kepada bini-bini, jangan tag atau share kat suami korang post ni, tapi kalau nak tag jugak takde masalah tapi tanggunglah sendiri ye. Yelah mana tau entah jin mana rasuk, tiba-tiba balik rumah dia bagi hadiah periuk noxxa, iron philip, penapis air coway yang korang dah lama idam-idam tu kan? Orang tua kata, tak salah try tag suami, untung sabut timbul.

Sekadar berkongsi cerita.

Sumber: Muhammad Yusof via https://majalahpama.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LuiV4D
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RrTV1C
via MerahHatiCintaku.blogspot.com