Thursday, 5 December 2019

Jangan Suka-Suka Cium Bayi! Doktor Beri Amaran Kerana Virus RSV Meningkat


Jangan suka-suka ya cium bayi orang lain, memang nampak cute dan geram bila tengok bayi kan? Kenapa tak boleh cium? Ini penjelasan dari doktor kanak-kanak.

Gejala selesema sekarang ini makin menjadi-jadi lebih-lebih lagi bila dah masuk musim hujan dan banjir, dan ketika ini mungkin ramai orang di sekeliling anda mengalami batuk dan bersin.

Menurut doktor, terdapat virus yang semakin meningkat yang sangat berbahaya bagi bayi. Penyakit jangkitan paru-paru, Respiratory syncytial virus (RSV) adalah virus yang sangat berbahaya dan sering tidak dapat dikesan kerana ia boleh disalah anggap sebagai selesema biasa. 

Jika anda merasa sakit atau tidak sihat, jangan mencium atau mendekati bayi.


Virus Ini Juga Dikenali Sebagai Penyebab Bronchiolitis Dan Radang Paru-Paru Pada Kanak-Kanak Yang Berumur Kurang Dari Satu Tahun.


“Sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan RSV tetapi ia amat serius untuk bayi yang berusia di bawah enam bulan yang paling terdedah kepada virus ini bahkan boleh menyebabkan bayi masuk ke hospital.”

Sekiranya anda tertanya-tanya, simptom untuk RSV adalah seperti berikut:

  1. hidung berair
  2. batuk berkahak
  3. demam


Perbezaan utama antara RSV dan selesema biasa ialah terdapat lebih banyak keradangan dan rembesan di saluran udara. RSV juga boleh bertahan lebih lama sekitar tiga minggu.


Oleh itu, jika anda mendapati bayi anda sedang menderita selesema lebih daripada tiga minggu, lebih baik anda mendapatkan solusi dengan pantas.

Walaupun tidak ada rawatan untuk virus ini, cara terbaik adalah dengan mengamalkan symptomatic care termasuk memberi cairan kepada bayi anda, menggunakan pelembap dan memberi mereka cucian garam.

Sentiasa amalkan kebersihan yang baik dan pastikan untuk mencuci tangan anda. Tetapi doktor juga mengatakan bahawa penting untuk tidak membiarkan orang lain dengan mudah memegang anak-anak anda, terutama jika mereka tidak sihat.

Hubungan fizikal dengan individu yang sakit boleh menjangkiti anak-anak anda dengan virus dan dalam kes-kes yang lebih teruk, penyakit ini boleh membawa maut apabila paru-paru gagal berfungsi.

“Sekarang masuk musim selesema dan saya yakin ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka dan jika anda mendapati anak anda sakit, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan menjauhi anak-anak anda dari orang yang tidak sihat!” Tiffany Hill, Pakar Pediatrik di UT Health East Texas



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2Lst0z4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2DS7CPE
via MerahHatiCintaku.blogspot.com