Menjadi satu kebanggaan apabila melihat kejayaan anak Malaysia menempa nama di luar negara. Lebih-lebih lagi mereka berjaya menjadikan pentas akademik sebagai tempat menceritakan asal usul negara tercinta.
Menerusi satu video yang tular sejak semalam, seorang gadis, Lisa NurMarini Mohd Kamal telah mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai wakil graduan untuk berucap di hadapan 6,000 warga Amerika Syarikat di Universiti Wisconsin Madison.
Datang dari beribu kilometer ke AS
Melalui YouTube Madison Camous Connection, Lisa memberitahu beliau menempuh perjalanan sejauh beribu kilometer semata-mata untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
Lisa yang mendapat biasiswa dari Petronas, beliau dilahirkan di Amerika Syarikat kerana ibu dan bapanya melanjutkan pelajara di negara itu namun dibesarkan sepenuhnya di Malaysia.
“Saya datang ke sini melalui biasiswa dan ia merupakan perjalanan yang sangat jauh dari Kuala Lumpur.” katanya.
Peroleh beberapa anugerah sebelum ini
Memilih bidang geologi bagi mengikuti pengajian di universiti tersebut, Lisa sebelum ini telah berjaya dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.
Bangga tengok anak bangsa!
Berikutan itu, saluran YouTube universiti yang menyiarkan ucapan Lisa menerima komen-komen positif daripada pelajar seluruh dunia termasuk dari Malaysia.
Rata-rata mereka melahirkan rasa bangga dengan pencapaian menakjubkan gadis manis berusia 22 tahun itu.
Semoga Lisa terus mengharumkan nama Malaysia dengan menyumbang bakti di tanah air. Selamat bergraduasi buat Lisa Kamal!
Sumber: Cempedak Cheese
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2M4dKIL
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2r5z8Gz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com