Wednesday, 18 December 2019

Tak solat tapi diberi kemewahan dan kesenangan oleh ALLAH, Itulah ujian tanpa disedari

Rezeki setiap orang berbeza dan tak akan sama. Ada orang rezekinya berkahwin pada usia yang muda, bahkan ada juga yang rezekinya berjaya di usia yang muda. Berlainan pula dengan anda yang mana masih lagi tercari-cari pasangan atau hala tuju yang tetap.

Kadang kala, sebagai hamba dan juga manusia biasa tentunya akan terdetik di hati mengapa dia walaupun begitu boleh hidup senang, mengapa aku yang begini tidak dapat rezeki yang sama. Mungkin perasaan cemburu dan keinginan membuatkan anda berteka teki akan perkara seperti itu.

Apa yang lebih berat lagi apabila ada kenalan anda yang tidak solat, malah meninggalkan perintah Allah tetapi mendekatkan diri dengan larangan Allah mendapat lebih dari anda. Tentu anda tertanya-tanya soalan seperti ini bukan?

Seperti yang Ustaz Farid Rashidin sebutkan dalam laman Facebook, mereka yang seperti itu dipanggil istidraj. Memiliki segalanya, sama ada kerjayaan atau kekayaan tetapi tidak membuat maksiat.

Ini penerangan dari Ustaz Farid Rashidin;

“Aku tak solat, ok je. Siap maju lagi bisnes.”
“Alah, tak tutup aurat pun still sihat je aku ni.” Kata seseorang yang lain pula.

Ini contoh gambaran yang selalu berlaku dalam masyarakat kitakan. Allah SWT bagi dia nikmat luar biasa. Bagi dia rezeki yang banyak. Gaji besar. Bisnes duit juta-juta. Kereta mewah. Rumah agam indah. Jarang jatuh sakit. Anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Dapat pula melancong setiap tahun ke seluruh dunia.

Semua dia dapat.

Walhal hidupnya jarang sekali dahi mencecah sejadah. Kalau pun ada, boleh dibilang jari waktu hadir solat Jumaat atau ada solat di program tertentu. Puasa pula, yang yok bangun pagi seluk periuk. Al-Quran, jauh sekali dibaca. Maksiat itu dah jadi biasa. Zakat, sedekah jarang sangat dibuat.

Orang nasihat elok-elok dikatanya menyibuk pula.

Nauzubillahhi minzalik.

10 orang terkaya di dunia

Tuan-tuan dan puan-puan yang Allah kasihi, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT uji dengan kesenangan, kemewahan dan kejayaan luar biasa. Leka dan ralit hingga lupa bahawa semua itu Allah SWT yang bagi padanya.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]

Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa)
[Al An’am: 44].

Hadis riwayat Ahmad, no. 17311]

Allahu Rabbi.

Marilah sama-sama kita berpesan. Pesan pada diri sendiri sungguh-sungguh bahawa segala nikmat dan rezeki Allah SWT yang beri, bukan dari makhluk-Nya. Selalu minta pada Allah SWT supaya hati tak dibolak-balikkan.

Dan sebagai tanda sayang, share dan ingatkan saudara-saudarimu juga. Hidup ini begitulah, perlukan nasihat agar tak leka dan alpa.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2Q3L6Jj
via Denaihati.com