Seperti yang sedia maklum bahawa wabak bencana COVID-19 telah menyerang seluruh umat manusia yang ada di bumi. Ramai yang tidak memahami cubaan dan teguran Allah SWT datang dalam pelbagai keadaan, sekali gus dakwaan bahawa pandemik COVID-19 sebagai semata-mata bala adalah salah sama sekali.
Malah, tanggapan sedemikian dikhuatiri boleh mendorong seseorang menolak qada dan qadar Allah SWT, bahkan lebih berbahaya sekiranya ada bersangka buruk terhadap sesuatu ujian, dugaan dan musibah yang sedang dilalui ketika ini.
Sebaliknya, fasa kritikal gelombang kedua COVID-19 sepatutnya dianggap ruang yang menguji keteguhan akidah dan pada masa terbaik untuk sama-sama bermuhasabah diri. Dan kita perlu bersedia dengan gelombang yang ketiga.
baca : Kemuliaan Tugas Frontliner Dipandang Tinggi Di Sisi Islam
Pada waktu ini, selain bertawakal, Islam menyuruh setiap Muslim berusaha mengawal jangkitan daripada terus merebak.
Justeru, tindakan kerajaan membendung COVID-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 14 April ini, bertepatan dengan ajaran agama.
Hal itu bersandarkan hadis mengenai Sayidatina Aishah RA yang bertanya mengenai wabak taun. Rasulullah SAW bersabda:
Ia azab Allah SWT yang diutuskan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah SWT menjadikannya rahmat kepada orang yang beriman.”
(HR Bukhari)
Setiausaha Agung Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI), Syed Shahridzan Syed Mohamed, berkata berasaskan hadis itu, Rasulullah SAW menghuraikan wabak berbahaya itu datang dengan dua kemungkinan.
Ia boleh jadi azab daripada Allah SWT atau rahmat-Nya. Namun, kita perlu meyakini tidak kira apa tujuan Tuhan menurunkan wabak kepada kita, kita tetap perlu meningkatkan muhasabah diri atas dosa dilakukan dengan memperbanyakkan ibadat,” katanya.
Syed Shahridzan berkata, pada masa masyarakat khususnya umat Islam dilarang menyebabkan kerosakan kepada manusia lain dan ia tertakluk kepada situasi semasa memandangkan COVID-19 begitu cepat menular.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.”
(HR Bukhari dan Muslim)
baca : Hukum Menggunakan Cecair Pembasmi Kuman Beralkohol Ketika Solat
Menurut Syed Shahridzan, Islam diturunkan untuk memenuhi maqasid syariah antaranya menjaga nyawa daripada kerosakan dan kebinasaan.
Islam mengharamkan seseorang memudaratkan diri sendiri dan orang lain kerana ia amat bertentangan dengan maqasid syariah.
Maka tidak keterlaluan jika dinyatakan hukum mencegah daripada wabak penyakit berjangkit lagi berbahaya adalah fardu ain dan bukan lagi fardu kifayah yang hanya membabitkan pihak tertentu sahaja.
Malah setiap individu yang mengaku beriman wajib memainkan peranan untuk menyelamatkan keadaan, lebih-lebih lagi meningkatkan amalan gaya hidup yang sihat,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan untuk melakukan saringan kesihatan, sekiranya terdapat simptom COVID-19. Selain itu, umat Islam perlu mematuhi arahan kuarantin di rumah masing-masing supaya tidak menjangkiti orang lain.
Atas tanggungjawab ini, setiap Muslim wajib mentaati segala perintah pihak berkuasa yang bertujuan membendung wabak berjangkit.
Ketaatan ini juga termasuk larangan menghadiri solat berjemaah di masjid atau surau, majlis yang membabitkan kumpulan atau himpunan individu.
Ia adalah tuntutan wajib dipenuhi oleh setiap Muslim lebih-lebih pada saat agak getir ini,” katanya.
Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah dalam surah An-Nisa’ ayat 51, mafhum-Nya :
“Wahai orang beriman! Taatilah Alllah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.”
Wlallahua’alam. Semoga bermanfaat. Sila share
Baca : Urusan Jenazah Yang Maut Asbab Covid-19
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2yni6Xv
via Denaihati.com