PUTRAJAYA - Kerajaan sedia menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke negara asal mereka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan telah dilakukan melibatkan PATI yang akan ditempatkan di depoh-depoh tahanan dan penjara khas yang telah diwartakan.
"PATI di kawasan PKPD akan dihantar ke depoh dan kita juga menyediakan 11 penjara khas yang telah diwartakan.
"Jika depoh tidak mampu menampung kita akan tempatkan mereka di penjara-penjara khas bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kita dah bersedia untuk menghantar PATI ini (pulang)," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, empat pasar awam yang ditutup mempunyai kaitan dengan kes positif Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur.
"Kita terpaksa ambil keputusan untuk tutup supaya sanitasi boleh dibuat di pasar tersebut seperti juga pasar borong, kita tutup empat hari untuk proses sanitasi.
"Jadi untuk pembersihan kita akan tutup pasar tersebut dan selepas itu mereka yang berniaga, pemborong dan sebagainya dibuat saringan kesihatan sebelum mereka dibenarkan berniaga semula. Jadi SOP sama dengan di pasar borong," katanya.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media https://ift.tt/2W7pUVu
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VPcizn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com