Monday, 27 April 2020

"Kami Tak Berpuas Hati Dengan China" - Trump Mahu Tuntut Ganti Rugi Dari China Kerana Tak Dapat Kawal Covid-19


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin berkata, beliau mungkin akan menuntut kerugian dari China susulan pandemik COVID-19 bermula di bandar Wuhan, sebelum merebak ke seluruh dunia.

"Kami tak berpuas hati dengan China. Kami tak berpuas hati kerana percaya, ia boleh dihentikan di tempat asal (penyakit).

"Ia boleh dihentikan segera dan tidak merebak seluruh dunia," katanya pada taklimat harian media di Rumah Putih.

Trump berkata, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk mendesak China bertanggungjawab.


"Kami sedang menyiasat perkara ini dengan serius, seperti yang mungkin anda ketahui," katanya.

Trump ditanya mengenai laporan sebuah akhbar Jerman baru-baru ini yang mendesak China membayar pampasan berjumlah AS$165 bilion (RM719 bilion) susulan kemerosotan ekonomi akibat virus terbabit.

Ditanya apakah AS akan menimbangkan tindakan yang sama, Presiden AS itu berkata, mereka akan mengambil pendekatan lebih mudah.

"Kita sedang bercakap mengenai tuntutan lebih besar dari Jerman tetapi jumlah terkini masih belum ditetapkan.

"Ini adalah kerosakan seluruh dunia. Ia menjejaskan AS dan menjejaskan seluruh dunia," katanya. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/3f07TB9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SeoqI3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com