Assalammualaikum dan salam Ramadan.
Puasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah SWT telah memberikan kelebihan dan fadilat yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Baca : 8 Jenis Rezeki Yang Di Sebut Dalam Al-Quran
Rasulullah SAW, bersabda:
Ertinya: “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan dibebaskan daripada neraka dan (penyeru itu akan menyeru pada setiap malam Ramadhan”.
(Riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini.
Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.
Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakuan.
Dalam sebuah Hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan2 , akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca : Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Itulah serba sedikit dalil-dalil mengenai kelebihan dan fadilat berpuasa pada bulan Ramadan. Semoga bulan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Semoga bermanfaat. Dah baca sila share
Sumber : JAKIM
Baca : Petua Tambah Kasih Sayang Dalam Rumah Tangga Sempena Bulan Ramadan
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2zCpNKc
via Denaihati.com