Thursday, 2 April 2020

Waspada, Dulu Lembut & Nasihat. Sekarang Polis Berada Dalam Mod Keras


PUTRAJAYA: “Tindakan pihak polis sekarang adalah keras. Mula-mulanya berlembut dan menasihat selepas itu bertukar kepada tegas. Dan kini “mod” pihak polis adalah keras.”

Demikian peringatan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Khamis berhubung individu-individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sehingga 14 April.

Biarpun terdapat penurunan dari segi jumlah penahanan individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, namun pihak polis masih meneruskan tindakan mereka yang kini berada di tahap keras.

“Mula-mulanya berlembut dan menasihat. Selepas itu, bertukar kepada tegas dan kini “mod” pihak polis adalah keras.
“Walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah individu yang ditahan, kami harap agar rakyat terus mematuhi PKP,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa terdapat penurunan dalam jumlah penahanan individu yang ditahan akibat ingkar PKP iaitu darupada 583 orang pada Selasa kepada 562 orang pada Rabu.


“Ini menunjukkan terdapat 3.6 peratus penurunan dari segi jumlah tangkapan.

“Jika mengikut trend penurunan ini, ia menunjukkan orang ramai patuh kepada PKPK maka ia adalah petunjuk yang baik.

“Kami berharap peratusan ini akan terus berkurangan sepanjang berlakunya PKP Fasa kedua ini,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan dan 380,342 kenderaan telah diperiksa pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, sebanyak 4,189 individu telah ditahan.

“1,449 individu telah dituduh di mahkamah dan ada di antara mereka yang telah dijatuhkan hukuman.

“Hukuman bukan sekadar berupa denda, tetapi juga dikenakan hukuman penjara sehingga lapan bulan,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UzytZK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/342DltD
via MerahHatiCintaku.blogspot.com