Tuesday, 28 April 2020

Lubang Besar Lapisan Ozon Tertutup, Beri Petanda Bumi Makin Pulih – Saintis


Jika dilihat kebelakangan ini, pelbagai aktiviti manusia di seluruh dunia telah dihentikan buat sementara waktu. Hal ini terjadi kerana penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Masyarakat telah diberikan arahan untuk sentiasa berada di rumah sebagai salah satu langkah membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Ternyata arahan tersebut memberikan kesan yang baik kepada alam sekitar apabila aktiviti perkilangan dan pengangkutan disekat.

Terbaru, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa lubang besar lapisan ozon di kawasan Artik yang telah kembali tertutup

Walaupun, tidak mempunyai kaitan secara langsung antara pergerakan manusia dan berita kebocoran ini, namun ia seperti memberi harapan baru kepada alam semulajadi.


Menurut METMalaysia, lubang besar lapisan ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu.



Penutupan lubang ini adalah disebabkan oleh pusaran kutub (polar vortex) yang sangat kuat (unusually strong) dan tahan lama (long-lived).

Walaupun kelihatan seperti pusaran kutub masih belum berakhir dan akan berubah dalam beberapa hari nanti, nilai ozon tidak akan kembali ke tahap yang sangat rendah seperti yang dilihat pada awal bulan April.

Ozon adalah lapisan penting yang melindungi bumi daripada hentaman meteorit kecil serta berfungsi menyerap radiasi ultra ungu cahaya matahari daripada menyentuh bumi.

Ringkasnya tanpa lapisan ozon, adalah hampir mustahil akan ada hidupan yang mampu bertahan hidup di muka bumi ini.

Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2KNCNid
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aMRX1Y
via MerahHatiCintaku.blogspot.com