Wednesday 3 March 2021

53,287 orang telah mendapat suntikan dos 1 vaksin Covid-19

Seramai 53,287 orang di negara ini  telah divaksin setakat semalam pada 2 Mac setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula sejak 24 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menerusi infografik laporan harian pemberian dos 1 vaksin mengikut negeri di Twitter miliknya.

Melalui infografik itu, Sarawak menjadi negeri yang paling banyak memberi vaksin dengan 9,737 orang telah disuntik, diikuti oleh Perak dengan 5,714 orang dan Pahang dengan 5,696 orang.

Pemberian vaksin fasa satu ini melibatkan anggota barisan hadapan dan dijangka akan berlangsung sehingga bulan April ini.

Cara-cara nak daftar untuk dapatkan suntikan vaksin

Boleh lihat sini. Daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

Sumber: Siakap keli

The post 53,287 orang telah mendapat suntikan dos 1 vaksin Covid-19 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3b8114W
via Denaihati.com