Seminggu dua ini banyak akaun Gmail kena hacked dan lagi jahat selempas hack mereka padam akaun tersebut. Memang menyeramkan.
Kebanyakan akaun yang kena hack dan kena padam ini kerena tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.
Mempunyai kata kunci atau password yang susah belum menjamin keselamatan akaun Gmail. Google menyediakan sistem 2 step verification untuk memastikan akaun Gmail ditahap keselamatan yang lebih tinggi.
Pastikan akaun Gmail mempunyai 2 step verification untuk elak kena hack,
Cara buat 2 step verification
Jadi sekarang ni terus login ke https://myaccount.google.com/security
1- Tekan ke security
2- Enable 2 step verification (by call @ sms by google nanti untuk verify.
3- Pastikan masuk recovery phone guna nombor fon anda
4- Masukkan juga recovery email lain anda yang ada
Cara hacker akses Gmail
Banyak cara tapi paling mudah adalah bila anda akses web @ software percuma. Semasa nak akses web atau nak install software percuma, kekadang request nak download apa-apa tu, tu sebenarnya ada dia inject benda dalam komputer anda.
Jadi benda saka ni duduk dalam komputer anda dan semua aktiviti anda direkod dan dihantar ke komputer hacker tanpa ada sedari termasuklah password. Itu yang mudah je diorang hack akaun IG, FB, email juga akaun bank anda.
Jadi buat 2 step verification ni SEGERA ya.. bagitau kat kawan-kawan juga.
The post Cara untuk elak akaun Gmail dicuri first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3uPoYps
via Denaihati.com