Tuesday, 9 March 2021

Dua lautan yang bertemu tetapi tidak bercampur

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran supaya manusia berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan “berjalanlah” atau “mengembaralah” di muka bumi.

Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.

Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.

Mengembaralah di muka bumi

Rujuk kisah pengembaraan ilmu Ulama zaman silam, malah zaman sekarang. Khuruj jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik.

Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Dia. Semakin banyak tempat dijejak, semakin tunduk. Semakin banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.

Kitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu.

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. – Surah Luqman ayat 31.

Air dua lautan tidak bercampur

Salah satu petanda mengenai kebenaran Al-Quran sebagai kalam Allah adalah kisah berkenaan kejadian alam sekitar sebagai petunjuk kepada manusia. 

Daripada ayat ke-19 hingga ke-21 Surah Ar-Rahman tersebut, ia menceritakan bagaimana dua lautan yang berbeza tidak akan bercampur antara satu sama lain walaupun hakikat kedua-duanya adalah air. 

Ia diibaratkan sebagai dua cecair berlainan jenis dalam mangkuk yang sama. 

dua lautan tidak bercampur

“Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” – (Surah Rahman 19, 20, 21)

Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk pemisah di antara Laut Meditterranean dan Lautan Atlantik di Gibraltar.

Video dua air laut tidak bercampur seperti disebut dalam Al Quran @ https://youtu.be/Mh18Mc6n96k (subcribe ya)

Tetapi apabila Al-Qur’an menerangkan mengenai pemisah di antara air tawar dan air masin, ia menyebut ujudnya suatu hadangan terlarang (forbidding partition) pada pemisah tersebut.

“Dan Dialah yang mengalirkan berdampingan dua laut, yang ini tawar segar dan yang lain masin pahit dan Dia menjadikan antara keduanya pemisah dan batas yang menghalangi (percampuran keduanya). (Al-Furqaan : 53)

Sains moden telah menemui bahawa di muara-muara, di mana air tawar dan air masin bertemu, situasinya agak berbeda dari apa yang didapati di tempat-tempat di mana dua lautan bertemu.

Video dua air laut tidak bercampur seperti disebut dalam Al Quran @ https://youtu.be/Mh18Mc6n96k (subcribe ya)

air laut tak bercampur

Penemuan ini mendapati apa yang membedakan air tawar dari air masin dalam muara-muara ialah suatu zon ‘pycnocline’ yang mempunyai ketidaksenambungan kepadatan yang sangat ketara yang memisahkan dua lapisan tersebut. Pembatasan ini (zon pemisah) mempunyai tahap kemasinan yang berbeda daripada air tawar dan air masin tersebut.

Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk Mesir, di mana Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Video Boat Tours di Laut Meditterranean antara yang tercantik di Turki @ https://youtu.be/Mh18Mc6n96k (subcribe ya)

Follow group kami

Denaihati Network

The post Dua lautan yang bertemu tetapi tidak bercampur first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/30qcMO2
via Denaihati.com