Wednesday, 31 March 2021

Bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam belum pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih dalam proses untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air melibatkan wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam setakat 6 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan berkata ketiga-tiga kawasan itu masih belum pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Elina berkata terdapat gangguan bekalan air berjadual di wilayah tersebut berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, semalam.

Status pemulihan bekalan air akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman web www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sumber: BERNAMA

The post Bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam belum pulih sepenuhnya first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/31wsA2l
via Denaihati.com