Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya model terbaru Perodua iaitu D55L atau nama rasminya Perodua Ativa kini berada di pasaran dan boleh membuat tempahan dengan harga bermula daripada RM61,500.
Perasmian model terbaru Perodua Ativa dibuat secara premiere digital di peroduapremieredigital.com dan juga Facebook page rasmi Perodua dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.
Perodua Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang ditawarkan dengan harga rasmi antara RM61,500 hingga RM72,000.
Terdapat tiga pilihan varian yang dilancarkan iaitu Model asas (X) dijual pada harga bermula RM61,500, manakala model pertengahan (H) bermula RM66,100 dan varian tertinggi sekali (AV) berharga RM72,200.
Pilihan warna yang bakal ditawarkan adalah Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Di samping itu, 2 warna terakhir yang disebutkan akan hadir dengan warna 2 tona bumbung hitam yang bakal menyerlahkan lagi ‘ketampanan’ model terbaru Perodua.
Enjin Turbo
Kereta SUV terbaru ini bakal menjadi model Perodua pertama yang menggunakan transmisi CVT dan enjin turbo. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tawaran transmisi manual ataupun spesifikasi ‘kosong’ bagi model Perodua D55L, hanya spesifikasi asas sahaja.
Kesemua teknologi ini menyumbang kepada kecekapan penggunaan bahan api sehingga 18.9 km/l, menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima buatan Perodua.
Perodua D55L akan ditawarkan dengan Teknologi Bantuan Pemanduan Selamat Perodua (ASA) 3.0 untuk ketiga-tiga varian.
ASA 3.0 juga berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi sehingga 120km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki.
Semua varian juga ada enam beg udara, lampu hadapan LED automatik dengan ‘Auto High Beam’ dan ‘Lane Departure Warning and Prevention’.
Varian H dan AV didatangkan dengan ‘Adaptive Driving Beam’, paparan pelbagai maklumat info TFT tujuh-inci dan sistem infotainmen skrin sesentuh sembilan-inci dengan ‘voice recognition’.
Untuk varian tertinggi iaitu AV, ia secara eksklusif mempunyai Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.
Sehingga kini Perodua telah menerima kira-kira 5000 tempahan sejak tempahan dibuka pada 19hb Februari lalu.
Kalau korang tengah survey nak beli kereta baru, boleh tengok model terbaru Perodua Ativa. Harga yang berpatutan dan model SUV yang gah apabila dibawa di jalan raya.
Harga atas jalan tanpa insurans Perodua Ativa
• Varian X – Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue): RM61,500
• Varian H – Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey/Cobalt Blue): RM66,100
• Varian H – Warna Metalik Khas (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM66,600
• Varian AV Warna Metalik (Glittering Silver/Granite Grey): RM71,200
• Varian AV Warna Metalik Khas (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM71,700
• Varian AV Warna Metalik Khas dwi-tona (Pearl Diamond White/Pearl Delima Red): RM72,000
Sumber: Vocket, OhBulan, Berita Harian
The post Perodua Ativa model SUV dilancarkan, harga bermula RM61,500 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3bkJUwE
via Denaihati.com